gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun
HIBURAN
Netizen Bengang Dengan Kenyataan Luqman Faiz - “Tak Ada Orang Nak Ajar Dia…”
BERITA
Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Di Lembah Klang Ditutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Jenazah Farah Kartini Dikebumikan di Pahang

gempak
Gempak
17/07/2024
01:29 MYT
Sponsor Banner
Jenazah Farah Kartini Dikebumikan di Pahang

Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, hari ini.

Dikebumikan di Pekan, Pahang

Perkara itu dimaklumkan oleh Abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, ketika dihubungi Harian Metro.

Bagaimanapun, Mohd Fariza tidak memperincikan bila proses pengebumian akan dilaksana dan tanah perkuburan yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Farah Kartini Mohon Henti Keluar Kenyataan Gores Hati

ARTIKEL BERKAITAN: PDRM Gerakkan Pasukan Penyelam Cari Telefon Pintar Milik Farah Kartini

Beberapa pengamal media berkumpul di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, seawal jam 7 pagi tadi.

Sehingga jam 8.30 pagi, tiada ahli keluarga mahupun rakan Nur Farah dilihat berada di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.
Sebelum ini media melaporkan, seorang graduan UPSI yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: "Silap Anak Saya, Dia Tidak Membuat Laporan Polis Bila Diugut & Mengambil Tindakan Sendiri," - Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rakan Dedah Momen Terakhir Farah Kartini, Lambaian Terakhir Buat Ramai Sebak - "Tak Percaya Ayat Terakhir Awak Untuk Kami"

ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi Kes Bunuh Nur Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: "Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-Sia" - Farah Kartini

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang kelmarin dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Polis Perak kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Topic Berkaitan
#Pahang
#Farah
#Jenazah
#Kebumi
#kartini
Must-Watch Video