,
Laman Utama

Jenazah Allahyarham Bad Indigo Selamat Dikebumikan

Izwan Isa
27/10/2023
07:13 MYT
Jenazah Allahyarham penyanyi Bad Indigo, 48, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara sekitar pukul 2.55 petang tadi.
Ketika pengebumian, kelihatan ahli keluarga serta sahabat dan rakan-rakan selebriti hadir untuk menziarah dan memberi penghormatan terakhir.
Antara selebriti yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir termasuklah anggota kumpulan Indigo, Zam dan Shah.

BERITA TRENDING: Al-Fatihah… Bad Indigo Meninggal Dunia​

Terdahulu, jenazah telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14, Petaling Jaya.
Malam tadi, Allahyarham Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah dilaporkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang kira-kira jam 7 malam.
Berita pemergian arwah pada awalnya dikongsikan penyanyi Liza Hanim menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Berita Trending: Ashira Terkejut, Masih Menggigil Dengar Berita Bad Indigo Meninggal Dunia

Sekadar info, Bad yang pernah menyertai Gegar Vaganza 7 merupakan seorang bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 14, dan Rania, 13.

Berita Trending: Bad Indigo & Ashira Umum Bercerai, Rahsiakan Punca Perpisahan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Majikan Bad Indigo Kongsi Detik-Detik Terakhir Arwah - “Kami Panggil & Tepuk Pipinya, Tapi…”

gempak
29/10/2023
02:50 MYT
Majikan jadi saksi
Laman Utama

Ashira Dedah Bad Indigo Tak Pernah Alami Sakit Dada Sepanjang Bergelar Suaminya - “Sebab Itu…”

gempak
28/10/2023
01:50 MYT
Ashira imbau kenangan bersama Bad Indigo
Laman Utama

Bad Indigo Enggan Buat Rawatan Jantung Sebab Simpan Duit Untuk Anak-Anak

gempak
27/10/2023
09:50 MYT
Bad Indigo mahu simpan duit demi anak-anak
Laman Utama

Ashira Terkejut, Masih Menggigil Dengar Berita Bad Indigo Meninggal Dunia

gempak
26/10/2023
13:27 MYT
Ashira masih terkejut dengan berita pemergian Bad
Gegar Vaganza All Star

Al-Fatihah… Bad Indigo Meninggal Dunia

gempak
26/10/2023
12:54 MYT
Al-Fatihah...