,
Hiburan

"Jemput Semua Datang.." - Jadi Juara All Stars Buka Panggung, Zul Huzaimy Bakal Adakan Kenduri Kesyukuran

Hanafis Haris
19/10/2019
07:33 MYT
Pelakon dan pengarah Zul Huzaimy bakal mengadakan kenduri kesyukuran susulan kemenangannya sebagai juara musim pertama All Stars Buka Panggung (ASBP) semalam.
Menurut Zul, niat itu dibuat bagi menghargai usaha peminat yang selama ini menyokong pembabitannya dalam karier lakonan serta program ASBP itu sendiri.
"Jika tanya apa yang saya nak buat dengan duit kemenangan ini, pertama saya memang ada cakap dulu saya nak hantar mak tunaikan haji.
“Namun selain itu, saya juga mahu buat kenduri kesyukuran. Saya nak jemput semua peminat termasuklah geng-geng motor yang sokong saya, makanlah sampai puas,” katanya.
Menurutnya, biarpun tarikhnya dan lokasi sebenar masih belum diputuskan, namun ia berkemungkinan akan berlangsung dalam tempoh terdekat.
"Saya kena lihat dulu jadual mana sesuai untuk saya. Kenduri itu tidaklah mewah mungkin saya sewa dewan biasa-biasa je, lepas tu mungkin nak tumbangkan seekor atau dua ekor lembu,” katanya.
Zul berkata demikian ketika majlis sidang media ASBP di Royal Theatre Shah Alam, semalam.
Terdahulu, Zul dinobatkan sebagai juara musim pertama ASBP sekali gus membawa pulang hadiah paling lumayan berupa wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Naib juara pula milik Noorkhiriah dengan hadiah bernilai RM25,000 berserta trofi.
Tempat ketiga dan keempat pula milik Datuk Aaron Aziz dan Rita Rudaini masing-masing membawa RM 10,000 dan RM 5,000 berserta trofi.
BACA: Zul Huzaimy Juara All Stars Buka Panggung, Bawa Pulang RM50,000
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.