,
Viral

Jemput 'Hot Daddy' Ke Podcast, Mufti Pulau Pinang Bersuara - " Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Segera"

Gempak
06/02/2024
01:22 MYT
Kecoh baru-baru ini apabila sebuah laman web penstriman yang dikenali sebagai Bros Gang TV, memilih untuk menjemput gigolo Malaysia, Hot Daddy Ash sebagai tetamu jemputan dalam sesi bual bicara (podcast). Susulan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menzahirkan rasa kesalnya terhadap tindakan tersebut. Memetik laporan Malaysian Gazettee, katanya, tindakan itu amat mengecewakan dan boleh dianggap sebagai satu cara mempromosikan serta menormalisasikan kegiatan persundalan.

Berita Trending: Lelaki Promote Aktiviti Persundalan Di Media Sosial Ditangkap, Polis Turut Rampas Sehelai Cadar!

“Sekiranya keadaan ini tidak dikekang atau dicegah, dibimbangi ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak,” katanya. Mengulas lanjut Wan Salim berkata, kerajaan sepatutnya memandang serius kepada perbuatan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang mempromosikan kemungkaran sedemikian kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat. “Sehubungan itu, kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada. “Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini,” tambahnya lagi. Terdahulu, tindakan menjemput lelaki itu sebagai tetamu podcast turut mendapat pelbagai reaksi warganet kerana dianggap ia adalah promosi terhadap perlakuan zina. Sumber: Malaysian Gazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Hiburan

Tak Mahu Ambil Risiko, JoZan Enggan Buat Podcast - “Kami Ada Jadual Kerja Yang Berbeza, Takut..”

gempak
12/09/2024
13:55 MYT
Di saat medium podcast menjadi norma baharu dalam kerjaya sesetengah artis sejak kebelakangan ini, pelawak Johan dan Zizan Razak enggan membuang masa melakukan platform yang sama.
Hiburan

“Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

gempak
11/09/2024
12:55 MYT
Dua pelawak popular, Zizan Razak dan Johan bersetuju platform podcast merupakan medium yang bagus untuk rakan-rakan dalam industri berkongsi informasi kepada masyarakat.
Viral

"Hidup Daif, Mak Saya Sanggup Makan Kerak Nasi, Sedap Katanya" - Hana Shahadan Imbas Memori Arwah Ibu, Susah Payah Sebelum Berjaya!

gempak
12/08/2024
21:51 MYT
Sebelum bergelar pengasas dan pengarah kepada jenama produk kanak-kanak popular, banyak liku kehidupan sudah dilalui Hana Shahadan sejak masih kecil yang membentuknya menjadi insan lebih kuat pada masa kini.
Viral

Hukum Wanita Mengenakan Solekan Kembali Jadi Perbincangan Hangat, Ini Padangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

gempak
10/06/2024
13:55 MYT
Menerusi perbincangan netizen baru-baru ini, terdapat pelbagai ‘respons baharu’ mengenai solekan apabila seorang wargamaya berkongsi tentang pendapat seorang pendakwa bebas Sheikh Wael Ibrahim.