,
Hiburan

Jatuh Dalam Bilik Air, Anak Salima Jalani Pembedahan Plastik

Mya Amri
12/03/2018
06:01 MYT
Bekas bintang Akademi Fantasia (AF 4) Salima memberitahu anak lelakinya terpaksa menjalani pembedahan plastik di bahagian dagu akibat terjatuh dalam bilik air.
Menurut Salima, doktor telah mencadangkan supaya Rayyan, 3, menjalani pembedahan plastik kerana luka yang dialaminya agak dalam.
“Rayyan terjatuh di bilik air dirumah pengasuhnya dan mengalami luka di dagu.
“Tiba di klinik, doktor mencadangkan supaya Rayyan dirawat dihospital kerana lukanya tak boleh bius biasa dan kena bius seluruh badan.
“Sampai di hospital pertama, doktor terus nasihatkan untuk pembedahan plastik sebab kalau jahit biasa akan tingalkan parut yang buruk dan lukanya dalam, tidak boleh sekadar jahit luar tetapi hospital tersebut tiada pakar untuk pembedahan plastik.
“Kami suami isteri terus ke hospital yang seterusnya dan bila tengok luka Rayyan, doktor kata luka Rayyan agak dalam dan perlu dijahit tiga lapisan secara pembedahan," tulisnya menerusi akaun Instagram (IG) semalam.

Alhamdulillah ala kullihal, semua drpd Allah... . Rayyan terjatuh bilik air pg td dan luka di dagunya di rumah pengasuh dan sal terus pg ambil dan bawa ke klinik, smp di klinik bila tgk lukanya dalam doc suggest pg ke hospital sbb utk luka rayyan ni xleh bius biasa, kene bius seluruh badan. . Kami pergi ke hospital pertama, doktor terus nasihatkan utk plastic surgery sbb kalau jahit biasa akn tggalkn parut yg buruk dan lukanya dlm, tak boleh skadar jahit luar, tp hospital berkenaan tiada pakar utk plastic surgery. Kami suami isteri terus ke hospital yg seterusnya dan bila tgk luka rayyan, doc kata luka rayyan agak dalam dan perlu dijahit 3 lapisan secara pembedahan. . . Alhamdulillah skrg dh warded, mulai tgh mlm ini rayyan perlu berpuasa dan pembedahan insyaAllah akn dilakukan pd esok pagi. . Bersyukur sgt sbb sejak rayyan umur setahun, sal dh registerkan insurans utknya dengan Prudential BSN Takaful, jd urusan kami agak mudah td apabila mula berurusan dgn pihak prudential bila tiba di hospital terakhir, mereka tlg cekkan bilik, cekkan ade pakar surgery x dan sbg nya... kurang sejam dh dpt bilik n terus warded. . . Rayyan pun dpt bilik yg selesa, katil utk mommy pun ade skali, alhamdulillah, my agent is @ninaboavista... doakan pembedahan esok berjaya... ameen ya rabb.. terima kasih atas doa semua... . Rayyan bkn seorg budak yg lasak sgt, die ni jenis jaga every step die n mmg jnis hati2, pengasuhnya pun hati2 dan baik, mommy pun jnis hati2 bab keselamatan anak, tp inilah dikatakan malang tidak berbau, sesuatu yg Allah taqdirkn pasti ade hikmah, syukur Allah bg jalan utk bg rawatan terbaik utk rayyan, moga pembedahan esok jd asbab pd kesembuhannya juga ameen, krn yg menyembuhkn hny Allah, tp kita wajib usaha. . Maaf msg kawan2 sy belum sempat reply sbb ramai sgt yg tny, jd harap post ink menjawab pertanyaan semua.. doakn baik2 yer....rayyan good boy alhamdulillah cuma ada moody sikit hehe...

A post shared by Salima (@salimahabibi) on

Bagaimanapun menerusi entri terbarunya sebentar tadi, Salima memaklumkan Rayyan telah selamat menjalani pembedahan dan sedang berehat.
“Selesai dah. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan. Nak bagi dia rehat sekejap,” tulisnya ringkas.

Selesai dah alhamdulillah...tq semua yg mendoakan... nak bg die rest kejap...

A post shared by Salima (@salimahabibi) on

Salima berkahwin dengan Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre pada 30 November 2013.
Foto: Instagram @salimahabibi
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

gempak
20/09/2024
12:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bertindak melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.