,
Laman Utama

Jason Momoa Terlibat Kemalangan Kereta, Selamat Tanpa Sebarang Kecederaan

Azwa Rahman
26/07/2022
08:02 MYT
Bintang filem Aquaman, Jason Momoa terselamat tanpa sebarang kecederaan parah selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal di California, Amerika Syarikat.
Memetik laporan USA Today, penunggang motosikal terbabit yang dikenali sebagai Vitaliy Avagimway yang menunggang di jalan Old Topanga apabila dia merentas garisan kuning dan memasuki laluan kenderaan yang dinaiki Momoa.
Difahamkan selepas kejadian berlaku, Momoa keluar daripada keretanya bagi membantu mengheret mangsa kemalangan keluar daripada kawasan jalan raya dan menghubungi bantuan.
Avigimyan kemudian dibawa oleh paramedik ke Hospital Northridge bagi kecederaan ringan yang dialaminya.
Aktor berusia 42 tahun itu kekal di tempat kejadian bagi membantu siasatan pihak polis dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Aktor filem Dune itu dikhabarkan memandu kereta Oldsmobile 1970 di mana dia pernah memandu kenderaan tersebut dalam karya Sweet Girl di Netflix pada tahun 2021.
Sekadar info, Momoa kini kembali menjalani penggambaran Aquaman and The Lost Kingdom yang dijangka akan ditayangkan sekitar Mac 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Jason Momoa Nak Jadi Ahli Politik Untuk Selamatkan Dunia

gempak
04/02/2024
13:37 MYT
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih ‘berat’ berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Laman Utama

Isteri Saksi Ketua Pegawai Kewangan Mati Terjun Balkoni Tingkat 18

gempak
05/09/2022
04:25 MYT
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan cedera parah selepas didapati terjun dari sebuah bangunan apartmen mewah di Manhattan.
Laman Utama

Jason Momoa, Lisa Bonet Sudah Bercerai…

gempak
14/01/2022
13:50 MYT
Berpisah jua
Artis Korea

PewDiePie Dinobat Wajah Paling Kacak 2020, Rampas Gelaran BTS V & Jason Momoa

gempak
30/12/2020
12:07 MYT
Personaliti YouTube dan pengulas permainan video, PewDiePie dinobatkan sebagai pemegang Wajah Paling Kacak 2020.
Berita

Inteam Jayakan Persembahan Atas Talian di California, USA

gempak
15/11/2020
01:40 MYT