,
Laman Utama

Jasmin Hamid Tetap Suap Anak Makan Walau Dah Besar Panjang, Tak Peduli Orang Cerca 'Geli Tengok'

Amri Hassan
26/06/2021
05:50 MYT
Pelakon Jasmin Hamid tampil membidas semula reaksi netizen yang geli melihatnya menyuap makanan kepada anak terunanya, Ian Haziq.
Kata Jasmin, dia tidak akan tunduk dengan netizen dan akan terus melimpahkan kasih sayang kepada anak-anaknya walau dengan apa cara sekali pun.
"Masalah betul dengan orang yang kurang kasih sayang ni. Inilah penyakit hati! Suap anak pun salah...
"'Dah bermisai, berjambang pun masih nak makan bersuap lagi.. Geli tengok' katanya...
"Bila tengok girlfriend boyfriend bersuap-suap, sweet pula ya? Dunia akhir zaman," katanya.
Tambah Jasmin, menjadi hak dia sebagai seorang ibu untuk terus membahagiakan keluarganya selagi hayat dikandung badan.
"Kalau tak suka jangan tengok! Saya suap anak sayalah, bukan anak orang lain atau suami awak!
"Walaupun anak-anak saya dah beruban pun nanti, saya tetap akan suapkan mereka selagi saya sihat. Tetap akan peluk cium diaorang..
"Ciuman dan belaian seorang ibu... anak-anak saya sikit pun tak malu dan tak rasa kekok bila saya suap dan cium mereka, walaupun depan orang..
"Sebab family kami dah diajar untuk saling menyayangi antara satu sama lain mengikut batasan," tambahnya.
Biarpun tidak berkesempatan merasai momen itu bersama orang tuanya, Jasmin menyifatkan cara sedemikian refleksi kepada kehidupan masing-masing.
"Saya sendiri dah tak dapat lagi rasa suapan dan ciuman dari Ibubapa saya. Rindu yang amat.
"Sebab tu kita sebagai ibu bapa, ajarkan anak-anak kita erti kasih sayang pada ibu bapa dan adik beradik..
"Doa pada Allah untuk semarakkan lagi kasih sayang antara kita anak beranak...
"Sedih tengok ramai family yang pecah belah sebab dari kecil, family tak pupuk rasa kasih sayang dan hormat -menghormati antara anak beranak.
"Bila dah besar, buat hal masing-masing. Salam mak bapak pun, ambik syarat je.. Dengan adik-beradik pun, bertegur macam kawan-kawan je.
"Saya bersyukur sebab walaupun keluarga kecil saya tak kaya harta dunia tapi kaya dengan kasih sayang hingga saat ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Unitar