,
Laman Utama

“Jasa Mereka Sangat Besar” - Vivy Yusof Bekerjasama Dengan Pos Malaysia Bagi Kempen Negaraku Negaramu

Azwa Rahman
09/09/2020
06:47 MYT
Jenama fesyen sopan terkenal FashionValet (FV) berkolaborasi dengan Pos Malaysia bagi menghasilkan koleksi patriotik di dalam sebuah kempen yang diberi nama Negaraku Negaramu.
Menggunakan warna-warna bendera Jalur Gemilang sebagai asas, koleksi yang hadir dalam warna merah, biru, kuning dah putih ini terdiri daripada pemakaian gaya jalanan seperti hoodie, t-shirt, celana cargo, topi serta beg.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Mohamed Rozaidi Md Sharif, kolaborasi ini seperti satu penghormatan buat mereka.
“Pos Malaysia rasa berbangga dapat bekerjasama dengan jenama fesyen terkenal FV kerana kami sama-sama mahu merapatkan jurang e-commerce atas talian di Malaysia,” jelasnya.
Bagi Pengarah Kreatif Kumpulan FV, Datin Vivy Yusof, kolaborasi ini seperti menghargai jasa-jasa Pos Malaysia yang menjadi medium penghantaran barangan yang dibeli oleh pelanggan.
“Saya hanya mengenali Pos Malaysia sebagai seseorang yang menghantar bungkusan saya. Tetapi selepas bekerja dengan mereka sebagai salah satu rakan logistik kami, apa yang mereka lakukan pada negara adalah sangat besar.
“Tanpa mereka, kita tidak dapat saling berhubung. Mereka memudahkan urusan harian kita tanpa kita sendiri sedar,” ujarnya.
Koleksi Negaraku Negaramu ini boleh didapati dengan harga yang berpatutan bermula dari RM59 sehingga RM149.
Rangkaian saiz pakaian pula bermula dari XS hingga XL dan bercirikan uniseks.
Mula dilancarkan pada hari ini, anda boleh mendapatkan koleksi ini menerusi www.fashionvalet.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dikritik Tidak Sensitif, Vivy Yusof Jawab Sebab Buka Pre-Order Koleksi Palestin

gempak
16/10/2023
04:50 MYT
Ini jawapan Vivy
Laman Utama

MODA Lancar Naskhah Eksklusif! Ada Kisah Pereka Popular Malaysia Antaranya Melinda Looi, Alia Bastamam, Rizman Ruzaini & Jimmy Choo Dalam Satu Buku

gempak
26/03/2023
10:50 MYT
Jom dapatkan sekarang
Laman Utama

Malala Yousafzai Pertama Kali Datang Oscar, Selendang Atas Kepala Jadi Tumpuan

gempak
13/03/2023
16:00 MYT
Cantik
Laman Utama

"Saya Menjerit..." - Vivy Yusof Berdepan Detik Cemas Penyeluk Saku Di London, Mujurlah Ada...

gempak
22/10/2022
23:50 MYT
Nervouslah...
Laman Utama

Pertama Kali Bekerjasama, Melinda Looi Bangga Karya Anak Sendiri Terlibat Dalam Projek Melinda Looi Couture 2023

gempak
09/10/2022
11:00 MYT
Melinda Looi Couture 2023