Hiburan

Jari Patah Tersangkut Pada Bot Pelampung – Hadiah Hari Jadi Didie Alias!

gempak
Fiza Kamarudin
22/08/2019
04:31 MYT
Sponsor Banner
Jari Patah Tersangkut Pada Bot Pelampung – Hadiah Hari Jadi Didie Alias!
Pelakon dan pelawak Didie Alias patah jari manis ketika bercuti bersama anak-anak dan pekerjanya di pantai peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Didie Alias ketika dihubungi Gempak memberitahu, jari manisnya tersangkut pada pemegang bot pelampung yang dinaiki bersama keluarga.
“Sebenarnya saya bersantai hujung minggu bersama keluarga dan staff, anak saya, Dayyan nak naik bot pelampung.
“Jadi masa bot tu berhenti, kami bersedia nak turun ke dalam laut. Tangan kiri pegang Dayyan dan saya lepaskan dia masa dia terjun.
“Tapi jari saya tersangkut pada pemegang. Masa tu ada bunyi ‘pop’ macam meletup. Saya ingatkan terseliuh sahaja sebab ia membengkak selepas itu.
“Selepas dua hari, ada rasa sakit dan jari manis tu sukar digerakkan. Pergi ke hospital, buat x-tray…Rupanya patah,” katanya.
Tambah Didie lagi, pada hari kejadian ahli keluarga dan pekerjanya turut mengadakan sambutan ulang tahun kelahirannya.
“Inilah hadiah hari jadi yang takkan dilupakan seumur hidup,” katanya ketawa.
Didie pada Rabu telah berkongsi beberapa keping foto tangannya berbalut anduh dan x-tray menunjukkan bahagian jari yang patah.
Menerusi ruangan komen, sahabat-sahabatnya seperti Enot, Amyza Aznan, Sharifah Shahirah, Yana Samsudin dan ramai lagi mendoakan agar Didie cepat sembuh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024