,
Hiburan

Jared Leto ‘Dipecat’ Sebagai Joker Dalam Filem Suicide Squad 2

Azwa Rahman
17/09/2019
09:46 MYT
Pelakon dan penyanyi Jared Leto telah digugurkan daripada senarai pelakon filem sekuel Suicide Squad.
Menerusi laman sosial Twitter, pengarah filem Suicide Squad 2, James Gunn telah mendedahkan barisan pelakon yang akan terlibat dalam pembikinan filem tersebut.
Apa yang mengecewakan warga Twitter adalah ketiadaan nama Leto yang sebelum ini membawakan watak Joker dalam filem pertama. Ramai peminat yang tertanya-tanya dimanakah nama Leto dan jika benar vokalis 30 Seconds to Mars itu telah dikeluarkan, mereka tidak sabar menantikan nama yang akan menggalas watak Joker.
Biarpun ada yang bersedih, ramai yang turut teruja melihat pertambahan pelakon baru seperti John Cena, Taika Waititi dan Idris Elba yang akan menghangatkan kembali filem kedua ini.
Selain John Cena, Idris Elba dan Taika Waititi, antara nama-nama yang tersenarai sebagai pelakon adalah Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan ramai lagi.
Terdahulu, Leto pernah menyuarakan kekecewaannya apabila babak panggung Suicide Squad banyak dipotong sehingga membuatkan peranannya kurang menonjol berbanding watak-watak lain.
Filem Suicide Squad 2 akan berada di pawagam 6 Ogos 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.