,
Laman Utama

Janna Nick, Hairul Azreen, Hun Haqeem Dah Ada Avatar Sendiri? Jom Layan Mobile Legends: Bang Bang Raya Ini!

Amri Hassan
14/04/2022
10:43 MYT
Mobile Legends: Bang Bang, komuniti permainan mudah alih terbesar mengumumkan tiga wira terbaru yang bakal bertempur; Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem untuk menghangatkan lagi kempen 515 menjelang Hari Raya ini.
MOONTON melihat pemilihan tiga selebriti ini sangat menepati sasaran dan perancangan syarikat teknologi yang berpengkalan di Shanghai itu untuk mengukuhkan pasaran di Asia Tenggara.
"Sejak dikeluarkan pada 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan.
"Janna Nick adalah salah seorang selebriti yang berbakat besar di Malaysia dan telah menerima banyak pengiktirafan. Dia juga seorang wanita muda yang mengkagumkan dan bertenaga. Bersesuaian dengan karakter dan karisma dimiliki, kami mahu pemain wanita kami mengenali wataknya yang kuat.
"Hairul Azreen pula adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pemain Mobile Legends di Malaysia. Dikenali sebagai seorang yang sangat komited dalam kerjaya seni dan seni mempertahankan diri, menjadikan Hairul Azreen persona yang sangat sempurna dalam Mobile Legends.
"Hun Haqeem, beliau berasal daripada negeri Sarawak dan secara tidak langsung menyempurnakan identiti Citrawarna Malaysia. Dengan dinamik mudanya, dia melengkapkan Trio MLBB 515 pada musim perayaan ini," katanya.
Menariknya, setiap Wira Mobile Legends ini direka bersesuaian dengan imej sebenar selebriti terpilih supaya para peminat boleh mengenali bintang kegemaran mereka itu.
Janna Nick sebagai Tangwanwan
Seorang penstrim berbakat dan muzikal, kemahiran Tang Wanwan adalah melontar dart. Perwatakannya yang ringkas, peramah dan tegas akan mendedahkan dirinya apabila bertemu Black-Dragon. Ketahui sebab Black-Dragon memainkan peranan penting dalam pengembaraan Tang Wanwan apabila menerima jemputan ke M-World dan memilih untuk bertarung di sana.
Hun Haqeem sebagai Ling
Seorang pendekar pedang berkemahiran tinggi dan seorang murid kepada Dragon Master, yang perjalanannya tidak dijangka dalam permainan ini. Pakar seni mempertahankan diri yang berdaya saing dan angkuh telah bertemu dengan Zilong di M-World dan mencetuskan pertarungan sengit. Ketahui mengapa Ling dan Zilong tidak sepakat sepanjang pengembaraan mereka!
Hairul Azreen sebagai Yin
Seorang pemain game yang bersemangat dan berbakat dalam kehidupan sebenar dan di M-World, Yin telah membentuk personanya sebagai seorang genius game yang juga peramah dan berfikiran terbuka. Walau bagaimanapun, jangan tertipu dengan daya tarikannya yang optimis. Yin seorang yang berdaya saing dan bercita-cita tinggi untuk menguasai semua jenis permainan dan muncul juara. Adakah Yin berjaya melepasi semua cabaran untuk memasuki M-World?
'WE is better than ME' - Get together, unite and party at the 515 annual event Mobile Legends tahunan: Bang Bang 515 M-World yang bakal bermula pada 12 April hingga 23 Mei 2022 akan menyaksikan lebih 100 juta pemain aktif bersatu untuk satu siri aktiviti dalam permainan yang menakjubkan sambil meraih pelbagai ganjaran.
Sepanjang aktiviti berlangsung, pemain bakal menikmati:
● Pesta Karnival 515 + Jualan Kilat 515 (12 April - 28 April) ● Kulit Baharu (New Skins) ● Bonus Log-Masuk 515 ● Sistem pertempuran serba baharu: Kem Penciptaan ● Oracle Psionic (25 April - 16 Mei) ● Akses Percuma Semua Wira (7 & 8 Mei) ● Perlindungan Bintang apabila bekerjasama dengan rakan (15 April - 15 Mei)
Selain itu pembangun Moonton juga teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan jenama elektronik terkemuka dunia, Samsung yang juga akan hadir di ALLSTAR Showdown 2022.
"Samsung Malaysia teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan ALL STAR. Dengan perkongsian ini, kami berharap dapat menunjukkan prestasi peranti siri Galaxy A dan mampu memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk pemain permainan," kata KM Liew, Ketua Perniagaan MX, Samsung Malaysia Electronics.
Tang Wanwan, Ling dan Yin akan membuat penampilan sulung mereka mulai 16 April 2022 dan seterusnya.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Mobile Legends: Bang Bang di Facebook, Youtube dan TikTok. Muat turun permainan dan nikmati perayaan di App Store dan Google Play sekarang! LINK UNTUK TEASER TANG WANWAN:- https://fb.gg/v/cm4LjCqHt2/
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"

gempak
13/08/2024
02:46 MYT
Jaguh badminton negara Lee Zii Jia tampil lagi dalam hantaran di media sosial milik pelakon Hairul Azreen.
Hiburan

Netizen Terhibur Tengok Anak Perempuan Hairul Azreen Menangis Nak Jumpa Lee Zii Jia - "Dia Nak Jumpa Lee Zii Jia, Anak Aku Sibuk Nak Jumpa Upin Ipin"

gempak
27/06/2024
06:25 MYT
Pelakon Hairul Azreen baru-baru ini memuat naik hantaran mencuit hati memaparkan anak perempuannya, Alisa menangis meminta untuk bertemu bersama bintang badminton negara, Lee Zii Jia.
Hiburan

Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

gempak
26/06/2024
02:25 MYT
Setahun sudah mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dia kini dalam proses mencuba untuk mendapatkan zuriat.
Hiburan

Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

gempak
19/06/2024
05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.
Berita

Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Seorang lelaki tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam, Gua Musang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha apabila maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.