,
Laman Utama

Janna Nick Buktikan Mampu Nyanyi Live Di Depan 400 Penumpang Atas Kapal Cruise!

Shahrin Zulkifle
14/01/2023
08:00 MYT

Penyanyi dan pelakon Janna Nick mengakui kekuatan utamanya bukan terletak pada nyanyian sehingga terpaksa menuntutnya melakukan persembahan secara ‘miming’.

Bagaimanapun kata pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 27, jika diberi pilihan, dia akan memilih untuk menyanyi secara langsung.

Menyanyi bukan forte

“Saya seboleh-boleh tidak akan miming di mana-mana persembahan yang akan saya lakukan.

“Bila ada masanya saya nyanyi miming itu mungkin disebabkan lagu tersebut masih baru dan jarang saya bawakan.

“Terserah kepada penonton untuk membuktikan saya boleh nyanyi live atau tidak, sebab saya sedar nyanyi bukan forte sebenar saya.

“Saya anggap saya penghibur dan asalkan orang terhibur dengan persembahan saya itu yang lebih penting,” ujarnya kepada Gempak.

Janna berkata demikian usai dia melakukan persembahan secara langsung menerusi Show Songbirds di atas kapal persiaran Genting Dream, minggu lalu.

Terdahulu, nama Janna dikecam teruk susulan tindakannya menyanyi secara miming ketika membuat persembahan di Anuegrah Industri Muzik ke 23 (AIM23) tahun lalu.

Nyanyi live atas cruise

Sementara itu, diminta berkongsi mengenai perasaan melakukan persembahan di hadapan lebih 400 penonton yang juga pelancong di atas cruise, Janna mengakui teruja dalam masa turut berdebar.

“Perasaan mula-mula dapat tahu buat persembahan cruise memang excited dalam masa sama nervous juga.

“Selepas sekian lama orang ramai tak dapat keluar disebabkan COVID 19, jadi ini lah masa yang terbaik untuk saya berjumpa peminat Singapura dan juga Malaysia dengan membuat persembahan di atas kapal,” tambahnya.

Pada persembahan Show Songbirds tersebut, Janna telah menyampaikan empat buah lagu antaranya Perhaps Perhaps Perhaps, Gadis Dan Bunga, Unbreak My Heart dan lagu popular nyanyiannya, Gatal.

Genting Dream cruise

Genting Dream cruise merupakan sebuah kapal pelayaran milik syarikat ternama Resorts World Cruise. Malah, ia merupakan kapal pelayaran mesra halal pertama di dunia.

Genting Dream dilengkapi kemudahan dan keselesaan yang pastinya membuat pelancong teruja ketika menikmati percutian di atas laut sambil ditemani pemandangan yang indah.

Kapal yang berukuran 335m panjang dan 40m lebat itu memiliki 18 tingkat secara keseluruhan dan mampu memuatkan 3352 penumpang dalam satu masa selain dilengkapi ciri keselamatan yang tinggi.

Aktiviti menarik

Antara kemudahan yang disediakan adalah The Lido (restoran), bar city, spa , butuk, zouk beach club, little dreamers club dan banyak lagi.

Malah pelancong turut berpeluang bermain parti buih, taman tema air, gelongsor panjang, garisan zip, flying fox dan pelbagai lagi.

Untuk merasai sendiri nikmat percutian di atas laut bersama Genting Dream cruise sila layari www.cruises.com atau email ke reservation.en@cruises.com atau ikuti laman sosial resortsworldcruises.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

gempak
26/06/2024
02:25 MYT
Setahun sudah mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dia kini dalam proses mencuba untuk mendapatkan zuriat.
Hiburan

Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”

gempak
10/06/2024
17:07 MYT
Pasangan pelakon Dini Schatzman dan Janna Nick baru meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 10 Jun 2024.
Hiburan

Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"

gempak
01/05/2024
01:50 MYT
Pelakon Janna Nick tiada niat untuk menyindir atau mengulas mengenai isu panas yang membabitkan mana-mana pelakon terutama Ruhainies.
Viral

“Siapa Yang Berani Sentuh, Saya Tak Kisah Nak Masuk Penjara” - Janna Nick

gempak
29/04/2024
03:55 MYT
Janna berkata, dia kini sedang berbahagia dengan suaminya dan dia tidak kisah untuk masuk penjara jika ada yang mengganggu rumah tangga mereka.
Terkini

Tak Tahu Nak Buat Apa Pada Hujung Minggu? Jom Saksikan 2 Filem Ini!

gempak
22/03/2024
13:55 MYT
Tersedia di platform Youtube Astro Shaw, dua filem ini turut boleh distrim di peranti pintar di mana-mana dan pada bila-bila masa.