,
Laman Utama

Janggut Ahli Silap Mata Terbakar Sewaktu Buat Aksi Sembur Api

Maliah Surip
05/09/2023
14:55 MYT
Seorang ahli silap mata yang memang popular dengan aksi berbahaya, Limbad mengalami detik cemas selepas janggutnya terbakar sewaktu dia sedang melakukan persembahan di Madiun, Jawa Timur, Indonesia.
Janggut yang memang menjadi salah satu identiti Limbad yang juga seorang pelakon itu terbakar sewaktu ahli silap mata tersebut membuat aksi sembur api.
Video api menyambar janggut Limbad telah menjadi viral di media sosial, lapor Detik.com.
Ia memperlihatkan Limbad membuat aksi berbahaya tersebut tanpa memakai baju dan hanya mengenakan seluar panjang hitam melakukan aksi sembur api di depan penonton.
Sewaktu pembantu sedang menghulur obor, api tiba-tiba menyambar wajah dan janggutnya. Limbad malah dilihat berusaha memadamkan api yang marak.
Ekoran insiden tersebut, pemenang Master Magician dalam acara The Master yang ditayangkan di stesen RCTI tidak lama dulu dikejarkan ke dua buah hospital.
Ahli silap mata berusia 51 tahun tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil selepas sebahagian janggutnya terbakar dan mengalami kecederaan pada bahagian dagu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.