,
Berita

“Jangan Tipu, Aniaya Frontliners, Kami Juga Ada Keluarga” - Datuk Dr Noor Hisham

Mya Amri
27/12/2020
22:50 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan agar orang awam jujur ketika berurusan dengan petugas barisan hadapan.
Dr Noor Hisham berkata demikian menerusi coretan di akaun Facebook rasminya susulan kes seorang doktor dijangkiti COVID-19 selepas merawat pesakit yang tidak menceritakan keadaan sebenar tahap kesihatannya.
“Jangan TIPU frontliners. KAMI juga perlu dilindungi, kami ada keluarga, ada rakan-rakan. Jangan anaiya frontliners,” tulisnya.
BACA: GempakMemilih2020: Menyingkap Semula Wajah Keyakinan Rakyat Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah!
Menerusi coretan itu juga, Dr Noor Hisham berkongsi kenyataan daripada doktor yang dijangkiti iaitu Dr Marini.
Menurut Dr Marini, pada mulanya pesakit itu memberitahu berada dalam keadaan sihat.
Namun Dr Marini akui terkejut apabila melihat imbasan CT (Computed Tomography Scan) paru-paru pesakit berkenaan.
“Seorang pesakit telah datang ke hospital dan telah disaring di pintu masuk jabatan sebelum menjalani pemeriksaan CT scan. Suhu normal. Pesakit mengaku sihat dan dibenarkan masuk.
“Saya merupakan doktor yang menyediakan pesakit ini untuk scan ( penerangan prosedur, pemasangan IV branula dan sebagainya).
“Terkejutnya kami bila melihat gambar paru-parunya di CT sama seperti paru-paru pesakit Covid-19.
“Bila ditanya semula, akhirnya dia mengaku yang dia batuk dan demam selama seminggu, tetapi berasa sedikit sihat untuk datang ke temujanji CT. Allahu..
“Ternyata tindakannya menyusahkan orang lain. Pesakit disahkan positif covid selepas 2 hari.
“Pada mulanya saya dikategorikan sebagai kontak risiko rendah, sebab kedua-dua nya memakai surgical masks(bagi pesakit berisiko rendah) dan pesakit tidak batuk di hadapan saya.
“Cuma jarak tak dapat di elakkan kerana terpaksa menyediakan saluran IV untuknya sebelum CT scan.
“Masa kontak tidak lama, lebih kurang 5-15minit. Saya mengamalkan hand hygiene mengikut SOP sebab saya memang paranoid!
“** untuk penggunaan PPE penuh, hanya bagi petugas yang merawat pesakit berisiko tinggi, kerana stok PPE adalah terhad.
“Saya diberitahu bahawa tiada kuarantin atau swab diperlukan buat masa sekarang.
“Tetapi hati ini kurang senang, saya ambil keputusan untuk menjalani swab di hospital lain.
“Saya mengambil keputusan untuk kuarantin sendiri walaupun tidak bergejala. Namun sempat bekerja selama 2 hari di jabatan, sebelum kuarantin.
“Keputusan swab mendapati saya positif. Saya MENANGIS semasa dapat tahu.. sebab sedih terpaksa terpisah dengan anak-anak dan suami.
“Risau terhadap keluarga dan rakan sekerja yang mungkin saya jangkiti. Kecewa terhadap sikap pesakit saya.
“Moral of the story: MOHON JANGAN TIPU KAMI SEKIRANYA ANDA BERGEJALA.
“TINDAKAN ANDA MELIBATKAN PESAKIT-PESAKIT LAIN, PETUGAS KESIHATAN SERTA KELUARGA MEREKA. Kami manusia juga,” coretnya di akaun Facebook baru-baru ini.
Jangan TIPU frontliners KAMI juga perlu dilindungi, kami ada keluarga, ada rakan2 Jangan anaiya frontlinersPosted by Noor Hisham Abdullah on Saturday, 26 December 2020
Untuk info: Setakat Ahad (27 Disember 2020), sebanyak 1,196 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam negara.
KKM juga melaporkan terdapat 111 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sumber foto: The Star
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.