gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Sekolah Kerajaan Kelantan Mula Pukul 8 Pagi, Bagi Ruang Pelajar Solat Subuh
HIBURAN
Penampilan Terkini Syahrini Di Festival Film Cannes 2025 Jadi Perhatian
HIBURAN
“Adakah Dia Tidak Pernah Melihat Payud*ra Sepanjang Hidupnya?” - Leona Ulas Isu Terima Komen Lucah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

"Jangan Terlalu Fikirkan Impak Atau Views Hingga Abaikan Tatasusila" - Eizlan Yusof

gempak
Amri Hassan
16/02/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Terlalu Fikirkan Impak Atau Views Hingga Abaikan Tatasusila" - Eizlan Yusof
Dalam usaha mengangkat seni tari Malaysia ke pentas global, Stephy Dance Group (SDG) mengambil langkah strategik dengan menjalin kerjasama bersama VIBES International Agency (VIBES).
Menurut Pengasas SDG, Datuk Stephanie Low, perjanjian ini membuka peluang besar dalam mempromosikan keunikan tarian Malaysia ke mata dunia.
"Saya percaya seni tari dari pelbagai kaum di negara ini boleh membentuk satu budaya tarian yang menarik dan menjadi ikutan di peringkat antarabangsa.
"Tidak mustahil kerana kita mempunyai pelbagai jenis tarian daripada pelbagai kaum yang mempunyai keunikan masing-masing dan pastinya menarik apabila digabungkan," katanya ketika ditemui pada majlis TikTok Meet Up Night anjuran VIBES baru-baru ini.
Low yang juga pemilik Centre Stage Dance Studio (CSDS) di Kajang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia tarian dan pernah mengadakan persembahan di China mengenakan kebaya sambil menarikan tarian tradisional Malaysia.
Beliau yakin bahawa melalui platform TikTok dan kandungan kreatif di bawah hos VIBES, seni tari Malaysia boleh diperkenalkan dengan lebih meluas.
"Saya percaya usaha yang dijalankan bersama VIBES melalui kandungan yang dipaparkan oleh hos TikTok di bawah agensi ini akan membantu serta menjadikan ia realiti," tambahnya.
Low juga berharap lebih banyak rancangan realiti bertemakan tarian diperkenalkan di Malaysia bagi menarik minat anak muda dan memberi mereka platform untuk menyerlah.
"Tarian bukan sekadar hobi, ia satu kemahiran yang boleh menjana pendapatan dan memupuk gaya hidup sihat di semua peringkat umur," jelasnya.

Bukan Sekadar Sensasi

Dalam pada itu, Pengasas VIBES, Datuk Seri Eizlan Yusof, menegaskan bahawa agensinya komited untuk memastikan hos TikTok di bawah VIBES menyebarkan kandungan yang bermanfaat kepada masyarakat.
"Kita sentiasa melatih dan mengingatkan hos kita supaya menampilkan nilai murni dan kandungan yang memberikan impak positif kepada masyarakat.
"Jangan terlalu memikirkan untuk mendapat tontonan sehingga mengabaikan tatasusila serta memberikan kesan negatif kepada pihak lain seperti yang berlaku baru-baru ini membabitkan hal negara Malaysia dan Indonesia," katanya.
Eizlan turut menyeru hos TikTok agar menjadikan selebriti TikTok yang berjaya tanpa menggunakan kandungan sensasi sebagai contoh.
Majlis ini turut menjadi platform penghargaan buat hos TikTok di bawah VIBES selain menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara VIBES dan SDG.
Joe Kurta by Eizlan Yusof Kembali Sempena Ramadan & Syawal Sebagai tambahan, Eizlan turut melancarkan Joe Kurta by Eizlan Yusof sempena Ramadan dan Syawal tahun ini selepas lebih 3,000 helai terjual tahun lalu.
Kurta ini hadir dengan lapan pilihan warna dan menawarkan saiz sehingga 2XL, memastikan peminat fesyen lelaki mendapat pilihan gaya kasual tetapi tetap eksklusif untuk musim perayaan.
Kerjasama Stephy Dance Group dan VIBES membuka lembaran baru dalam dunia seni tari tempatan, memberi harapan untuk seni tari Malaysia terus berkembang dan dikenali di peringkat antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Eizlan Yusof
#TikTok
#Tarian
#Stephy Dance Group
Must-Watch Video