,
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

Mya Amri
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.

Kesal orang suka hati sentuh baby bump

Tyra meluahkan rasa kesalnya menerusi satu hantaran di Insta Story miliknya.
Menurut Tyra, perbuatan itu tidak harus dilakukan lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dikenali.

“Ramai orang yang saya tidak kenali datang secara rawak dan menyentuh perut saya tanpa kebenaran. Mereka betul-betul hanya berjalan ke arah saya dan menyentuh perut saya.

“Saya berasa sangat penat nak beritahu mereka supaya tidak menyentuh perut saya. Saya juga berasa gembira dan sangat menghargai merema yang menunjukkan rasa sayang pada saya dan juga baby.
“Kepada anda yang memberikan rasa sayang kepada kami dan memahami apa yang saya cuba sampaikan, terima kasih, saya sangat memerlukannya,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Batal Majlis Bertandang Selepas Tahu Hamil Anak Pertama – “Saya Rasa Membazir Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Kini Hamil Anak Pertama

ARTIKEL BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Upah Bodyguard Ketika Majlis Kahwin - "Kami Mahu Semua Yang Hadir ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”

ARTIKEL BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111

Tindakan kurang sopan

Bagaimanapun, Tyra menasihatkan orang supaya jangan sesuka hati menyentuh perut ibu hamil tanpa kebenaran walaupun individu itu merupakan seorang selebriti atau pun ‘public figure’ kerana ia merupakan perbuatan yang kurang sopan.

“Malangnya ramai ibu-ibu di luar sana melalui perkara yang sama seperti saya, tidak kita sama ada ‘public figure’ atau pun tidak.

“Saya dapati ramai yang menyentuh perut mereka tanpa kebenaran. Ini adalah peringatan kepada anda untuk jangan sentuh walaupun anda berniat baik. “Seeloknya, jangan sentuh sesiapa tanpa persetujuan sama ada mereka mengandung atau pun tidak,” tegasnya.
Untuk info, Tyra mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Emran Rijal pada 3 Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Suspek Kes Buli UPNM Mengaku Tidak Bersalah Pijak Perut Mangsa Pakai Spike But

gempak
22/11/2024
03:55 MYT
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, hari ini.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Hiburan

Gejala Buli Merisaukan, Tomok Pesan Pada Anak-Anak - “Kalau Ada Masalah Terus Beritahu Cikgu”

gempak
14/11/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Tomok mengakui sebagai seorang bapa , dia turut risau dengan gejala buli yang semakin kerap berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Unitar