,
Berita

"Jangan Pandang Mereka Sebelah Mata & Hargai ....." - Ini Komen Michael Ang Tentang Norlia Ghani & Hamidah Wahab

Rozaimi Zubaidi
10/07/2019
03:44 MYT
Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk berkerja dengan pelakon veteran Norlia Ghani dan Hamidah Wahab dalam drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad.
Menerusi entri di Instagram (IG), Michael Ang kagum dengan bakat yang ada ada kedua pelakon tersebut dalam menghidupkan watak yang diberikan.
"Salam semua! I am so honoured to have worked dengan dua pelakon ni @norliaghani @hamidah7722 to me mereka ni masih relevant.
"Banyak saja jenis watak dia orang boleh bawak! So jangan pandang mereka sebelah mata dan hargailah mereka.
"Jangan lupa malam ini, pukul 10 malam di Astro Ria n RiaHD drama Setelah Terlafaznya Akad," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Michael Ang dan mereka akui kagum dengan lakonan yang ditonjolkan oleh Norlia Ghani dan Hamidah Wahab.
"@shellybellymelly: Sedih gila semalam tengok Tok Ma menangis sampai terduduk. Terkesan dihati. Please offer banyak job lagi pada diorang. Moga makin murah rezeki auntie-auntie."
"@amirah_omar: Memang best mereka berlakon. Hope ada lagi lakonan mereka selepas ini."
"@kakanim: Kalau kerja dengan pelakon senior yang hebat macam mereka berdua ni, jangan bayar dengan harga murah tau."
"@qaminan: Ni dah ketegori legend dah. Seniwati terhebat. Diaorang memang terbaik."
Selain Norlia Ghani & Hamidah Wahab drama bersiri ini turut dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zul Helmy, Zeera Azizi, Alif Muhaimin, Erwin Dawson, Sharifah Shahora dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #SetelahTerlafaznyaAkad untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama, Michael Ang Harap Atlet Para Negara Terima Habuan Sama Rata - “Jangan La Anak Tirikan Diorang…”

gempak
03/09/2024
04:55 MYT
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou membawa pulang pingan emas pertama untuk Malaysia pada final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena, Paris.
Hiburan

Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office

gempak
14/08/2024
09:55 MYT
Pelakon, Nadhir Nasar mengakui kerjayanya dalam bidang seni sebagai pelakon masih belum cukup untuk memuaskan hatinya berada dalam industri seni hiburan.
Hiburan

Guna Mayat Sebenar Dalam Penggambaran, Pierre Andre Kongsi Kisah Mistik – “Katanya Ada Roh Yang Tak Tenteram Ikut Balik”

gempak
30/07/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengarah Pierre Andre berkongsi pihak produksi dalam filem terbaharu arahannya yang berjudul Paradoks menggunakan mayat sebenar bagi tujuan penggambaran.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.