,
Laman Utama

Jangan Merapu Sangat! Netizen Dakwa Lalat Di Kening BCL Jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair

Maliah Surip
14/12/2023
23:55 MYT
Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL kini sudah lebih satu minggu bergelar isteri kepada suami baharunya, Tiko Aryawardhana.

BERITA TRENDING: Dihenyak Kecaman Lepas Nikahi BCL, Tiko Terima Ucapan Hari Jadi Dari Isteri - “Biarkan Mereka Bergosip…

BCL menikah dengan Tiko selepas empat tahun menjadi balu selepas suaminya, pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia.
Meski majlis pernikahan yang berlangsung di Bali sudah lama selesai namun masih ramai yang membicarakan tentang perkahwinan BCL dan duda tiga anak itu.
Terkini yang menjadi perhatian adalah apabila ada netizen mendakwa seekor lalat yang berada dekat dengan kening BCL sewaktu fotonya dan Tiko dirakamkan di hari pernikahan bukan seekor haiwan.
Sebaliknya ada yang mendakwa lalat tersebut adalah jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair.

BERITA TRENDING: Netizen Dedah Perangai Panas Baran BCL Yang Pernah Mengamuk Berebut Mihun Depan Tiko

Dakwaan mengarut itu muncul selepas Maia Estianty berkongsi foto dirinya yang menjadi salah seorang tetamu pada majlis tersebut bergambar sama dengan BCL dan suami baharunya.
Tanpa disedari ada seekor lalat terbang berdekatan kening BCL dan ‘tertangkap’ gambar. Hal itu kemudian menjadi topik kononnya lalat tersebut merupakan jelmaan allahyarham Ashraf.
“Ini sebenarnya salah saya bila upload gambar kami bersama. Sebenarnya saya cuma ada dua keping foto dengan BCL dan Tiko jadi saya upload saja.
“Saya tidak edit atau apa jadi memang tidak perasan kalau ada lalat dirakamkan.
“Terus ada yang memberi komen berbaur mistik, itu allahyarham Ashraf katanya.
“Saya ini orangnya berfikir logik. Jangan macam-macam. Itu lalat. Hanya lalat yang mahu masuk dalam foto bersama,” jelas Maia seperti dilaporkan Detik.com yang memetik isi cerita daripada tayangan YouTube mantan isteri Ahmad Dhani itu.

PILIHAN PEMBACA: ​Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.