,
Laman Utama

“Jangan Kerana Fesyen & Ikut Trend Sanggup Pakai Yang Haram” - Ustazah Asma’ Harun Tegur Influencer & Pelakon Lelaki Pakai Rantai

Mya Amri
13/12/2022
07:38 MYT
Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil menegur tentang pemakaian rantai dan gelang oleh kaum lelaki.
Menurut Ustazah Asma’, perkara itu tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia sebenarnya haram di sisi Islam.
Malah Ustazah Asma’ juga turut memberi teguran secara umum kepada mana-mana pempengaruh dan juga pelakon lelaki yang menampilkan imej sedemikian kerana ia boleh memberi contoh tidak baik kepada masyarakat.
“Jangan kerana fesyen dan ikut trend sanggup memakai yang haram.
“Makin ramai kaum lelaki memakai rantai, artis dan influencer pun dah semakin berani tonjolkan diri di khalayak dengan gaya sebegini.
“Mereka ini boleh mempengaruhi anak muda. Sebenarnya kita lihat dah lama kaum lelaki memakai rantai sama ada daripada besi, perak atau emas, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan makin boleh diterima,” coretnya dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya.

PENGECUALIAN

Bagaimanapun ustazah Asma’ menjelaskan terdapat beberapa pengecualian mengenai isu tersebut antaranya ialah fatwa daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan keharusan pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki untuk tujuan perubatan atau rawatan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:
1. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
2. Tidak terdapat unsur najis padanya.
3. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
4. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
5. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Bagi lelaki yang memakai gelang untuk tujuan perubatan, adalah lebih baik tidak memakainya di tempat awam secara terbuka atau menghebahkannya di media sosial supaya mengelakkan fitnah terhadap pemakai, kerana melakukan sesuatu yang mendatangkan fitnah adalah makruh.
Baca penjelasan penuh ustazah Asma’ di bawah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.