,
Hiburan

"Jangan Jolok Sarang Tebuan!" - Lama Tahan Sabar, Shu Shukri Dedah Perbualan Lucah Bekas Suami & Penyondol?

Muhammad Firdaus
25/06/2024
20:08 MYT
Lama menahan sabar, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri memuat naik tangkap layar perbualan difahamkan antara bekas suaminya bersama seorang wanita yang dipercayai menjadi individu ketika dalam rumah tangga mereka sebelum ini.
Perbualan WhatsApp yang bersifat lucah itu dipercayai pernah dikongsikan sendiri oleh pelakor (perampas laki orang) itu demi membuktikan ikatan serius bersama bekas suaminya.

"Ini perbualan antara pelakor dan bekas sisa saya, untuk pengetahuan, chat ini diberi oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.

"Kenapa aku minta cerai? Sebab ini... Ini juga perbualan antara pelakor dan bekas sisa, diberikan kepada saya untuk membuktikan bahawa mereka sangat serius," tulis Shuhada pada hantaran tangkap layar perbualan lucah itu.

Perjelas Tindakan
Turut menjelaskan tindakannya, kata Shuhada ia berpunca daripada tindakan pihak berkenaan memalukan ibunya sebelum ini.

BERITA TRENDING:Kerap Tak Hadir Mahkamah, Netizen Geram Perangai Hafidz Roshdi - “Nampak Sangat Tak Bertanggungjawab”

"18 Bulan saya sabar, kau yang start dulu maka sila bincangkan. Saya pegang kata kata 'jangan mula dulu Shu, kalau dia yang sebarkan dulu then baru you up'.
"Jadi, disebabkan sampai conversation mama saya pertahankan saya pun dimalukan, jadi silakan menjamu hidangan.
"Jangan jolok sarang tebuan! You touched me? Okey... You touched my mom & my kids, kau habis! Jumpa dekat mahkamah," tambah Shuhada lagi.

​BERITA TRENDING:"Saya Tak Wajib Hadir, Nak Settlekan Kes Ini Cepat-Cepat" - Hafidz Roshdi

Terdahulu, selepas kemunculan semula Hafidz bersemuka dengan pihak media pada hujung minggu lalu, Shuhada tampil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas suaminya itu yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

​BERITA TRENDING:Mahu Fokus Sambut Aidifitri Dengan Anak-Anak & Keluarga, Shu Shukri Tak Mahu Kenang Peristiwa Hitam

Shuhada juga meminta bekas suami untuk sedar diri dan tidak hanya berseronok tanpa memikirkan keadaan anak-anak.

​BERITA TRENDING:"Allah Bagi Saya Peluang Kedua" - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang

Tambah Shuhada lagi, dia juga telah menanggung bil persekolahan anaknya, Humairah sebanyak RM11,000 tahun lepas akibat masalah emosi yang dialami kanak-kanak tersebut.
Sekadar info, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.