,
Berita

Jangan Jadi Kuli Pada Produser Luar Negara Sehingga Ditipu

Elrafaei Sapi
17/10/2018
12:59 MYT
Persoalan timbul sama ada produksi filem tempatan mengambil kru dari luar negara bekerja di sini atau menjalinkan kerjasama dengan produksi luar untuk menghasilkan filem bertaraf antarabangsa.
Naib Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Burhanuddin Md Radzi berpandangan produser filem tempatan perlu tahu pasaran filem yang diterbitkan sama ada untuk penonton tempatan atau ke luar negara.
"Kalau kita nak buat filem untuk pasaran Malaysia saja dan cerita yang kita ada tidak yakin untuk dibawa keluar, apa perlu kita bawa kru luar ke sini kerana ia meninggikan kos.
"Sudah tentu apabila ia ditayangkan di sini kutipan tidak tinggi kerana penduduk tidak ramai dan tidak berbaloi," katanya menerusi program FDAM Kopi Kaw, baru-baru ini.
Ujarnya, banyak cara boleh dilakukan untuk membawa filem tempatan ke pasaran antarabangsa antaranya melakukan kerjasama dengan produksi luar.
"Jika nak masuk ke Indonesia, boleh cari produser di sana untuk bekerjasama tapi itu terserah pada kita juga adakah tujuan nak menembusi pasaran sana semata-mata kerana duit.
"Kalau kerana duit senang saja, pergi ke sana 'pump' duit atau kita nak mengambil pengalaman mereka untuk manfaat industri di sini," katanya.
Menerusi kerjasama antara produksi tempatan dan luar negara, Burhanuddin menekankan agar menggunakan khidmat pelakon tempatan dan pengarah dari sini meskipun penggambaran dijalankan di luar negara.
"Kita boleh melakukan penggambaran di sana dan menggabungkan pelakon tempatan tapi apabila penggambaran dijalankan di sini, pengarah kita jadi ketua," katanya.
Bagaimanapun, Burhanuddin memberi nasihat pada produser tempatan agar tidak menjadi kuli pada produser luar negara sehingga ditipu.
"Apakah tujuan kita buat filem. Jika kita ada semangat nak membangunkan industri, kita harus bekerjasama kerana budaya mereka membuat filem di sana lain berbeza dengan budaya kita di sini.
"Di sana praproduksi dan penggambaran dijalankan lebih cepat. Di sini, pelakon kita datang ke lokasi penggambaran baru nak baca skrip sehingga semua kru kena tunggu," katanya.
Burhanuddin percaya kerjasama seperti ini memberi pengalaman produksi tempatan untuk belajar banyak perkara seperti mengawal kos, disiplin pelakon dan aspek teknikal.
"Banyak tempat kita boleh bekerjasama antaranya Kemboja dan Indonesia tapi itu terserah pada kita untuk pergi ke antarabangsa atau cari duit," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu FDAM, Datuk Afdlin Shauki Bakal Bawa Pembaharuan

gempak
17/12/2023
09:45 MYT
Tahniah Datuk Afdlin Shauki.
Laman Utama

[VIDEO] Eizlan Yusof Buat Laporan Polis, Bongkar Isu Penyelewengan Orang Kuat Finas Dalam Projek Hantu Filem!

gempak
05/12/2022
07:30 MYT
Isu projek Pameran Hantu Filem
Laman Utama

Tanggung Kerugian Berjuta-Juta Tanpa Bantuan, PFM Rayu Pawagam Dibuka Semula! Penggambaran Pula...

gempak
26/02/2021
07:00 MYT
Now semua dah start buka kan
Laman Utama

"Aktiviti Penggambaran Secara Tertutup Di Negeri PKP? Kenyataan FDAM Mengelirukan!” - FINAS

gempak
14/01/2021
11:00 MYT
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memandang serius penularan video dan artikel berkaitan kenyataan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) berkenaan kebenaran aktiviti penggambaran di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hiburan

"Kami Penggiat Seni Nak Shooting Minggu Ini, Dapur Dah Tak Berasap" - Mat London Rayu Kelulusan Kerajaan Untuk Kembali Bekerja

gempak
12/05/2020
05:05 MYT