,
Hiburan

Jangan Ambil Mudah, Saintis Kesan Cirit-Birit Agen Kedua Sebar Koronavirus

Mya Amri
09/02/2020
03:30 MYT
Saintis kesan cirit-birit mungkin adalah agen kedua dalam penyebaran wabak Koronavirus susulan penerbitan kajian terbaharu yang mengaitkan simptom berkenaan dengan simptom abdominal dan najis pesakit.
Sumber utama dipercayai berpunca daripada titisan air liur daripada batuk pesakit, walaupun penyelidik pada kes awal berkata, tumpuan lebih diberikan kepada pesakit yang banyak menunjukkan simptom respiratori dan mungkin terlepas pandang aspek berkaitan sistem penghadaman.
Sejumlah 14 daripada 138 pesakit (10 peratus) di hospital Wuhan yang menjadi bahan kajian bagi Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) didapati mengalami masalah cirit birit dan loya satu atau dua hari sebelum mula dilanda demam dan masalah pernafasan.
Pesakit Amerika Syarikat (AS) pertama yang disahkan positif coronavirus juga mengalami masalah cirit birit selama dua hari dan virus berkenaan dikesan berada dalam najisnya, malah terdapat kes sama turut direkodkan di China.
“Apa yang lebih penting, coronavirus turut dilaporkan terdapat dalam sisa buangan pesakit yang mengalami masalah abdomen, menyamai kesan pada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) apabila kesan virus itu ditemui dalam sisa air kencing pesakit, sekali gus membuktikan bahawa ia boleh tersebar melalui sisa perkumuhan,” kata profesor jurusan kesihatan alam sekitar di Universiti Southampton, William Keevil.
Kemungkinan itu bagaimanapun bukan sesuatu yang mengejutkan ahli sains kerana virus berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama seperti SARS.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Perkembangan Terikini Covid-19, Dua Kematian Hari Ini Dengan 1,109 Kes Baharu

gempak
27/11/2020
10:54 MYT
Malaysia merekodkan sebanyak 1,109 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini ialah sebanyak 61,861 kes.
Hiburan

"Lekatkan Saja Di Tangan" - Alamak...Wanita Ini Dakwa Gelang Mampu Cegah COVID-19?

gempak
15/05/2020
12:20 MYT
Hiburan

Harga Tak Sampai RM5, Fesyen Rambut Koronavirus Ini Mula Trending...

gempak
14/05/2020
22:46 MYT
Berita

Korea Istihar Perang, Mood Kecemasan Ancaman COVID-19

gempak
05/03/2020
08:41 MYT
Berita

“Koronavirus, Tak Perlu Sampai Tutup Pejabat, Memadai Dengan Langkah Pencegahan” - Ketua Pengarah KKM

gempak
04/03/2020
14:44 MYT