,
Viral

Jambul Belah Tengah, Janggut Panjang Putih Kekuningan.... Kenali Remos, Kambing 'Handsome' Yang Pemalu

Kamaruddin Razal
16/07/2019
21:25 MYT
Di sebuah ladang di Enggor, Kuala Kangsar, Perak terdapat seekor kambing yang dilabel sebagai kambing 'handsome' dek kerana remos atau jambulnya yang berbelah tengah serta janggut panjang berwarna putih kekuningan.
Kambing berbulu putih bersih itu merupakan satu daripada 17 ekor baka Saanen yang ada di ladang Muhammad Livestock Farm yang kini tular sehingga ke negara jiran.
Seorang daripada pengendali ladang itu, Ahmad M. Fadzir, 21, graduan diploma perakaunan dari Universiti Sultan Azlan Shah di sini berkata sesuai dengan rupanya, kambing berumur 11 bulan itu diberi nama Remos.
Ketika diambil daripada pembekal di Terengganu pada Mac lalu, tiada sebarang keunikan atau keistimewaan yang dikesan.
"Hanya bulan lepas saya ambil gambar kambing ini menggunakan kamera (sebelum ini guna telefon), barulah saya perasan yang ia lain daripada yang lain. Kemudian saya muat naik dalam Facebook," katanya ketika ditemui Bernama di ladangnya di Kuala Kangsar, Perak.
Ahmad berkata, satu lagi yang menarik perhatian pada haiwan itu ialah sifat pemalunya lebih-lebih lagi bila ia berdepan dengan orang yang baru ketemu.
"Kadang-kadang kalau saya sendiri hendak pegang pun, ia lari dan menjauhkan diri," katanya.
Ternyata, Remos bukan sahaja kambing yang 'handsome', tetapi pemalu kerana usaha Bernama untuk merakam gambarnya tidak semudah dijangka.
Perkongsian beberapa keping gambar Remos oleh Ahmad di Facebook Muhammad Livestock Farm baru-baru ini mendapat perhatian ramai netizen sehingga menjadi tular.
This is what they mean. pic.twitter.com/Jsgtlszsy7— Uzair (@KhairulAbror1) July 7, 2019 Ahmad yang menguruskan ladang itu bersama kembarnya Muhammad, berkata pihaknya tidak bercadang menjual Remos walaupun banyak pihak menawarkan harga menarik.
"Saya tidak fikir hendak jual kerana mahu jadikan ia bapa (baka jantan). Selain itu kambing ini juga telah menjadi ikon kepada ladang kami," katanya.
Ahmad dan kembarnya mengambil alih ladang itu daripada ayah mereka sekitar tahun 2016.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.