,
Viral

JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal

Gempak
15/09/2024
07:07 MYT
Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

BERITA TRENDING: Pelanggan Mula Menjauhi Premis Perniagaan GISBH

JAKIM dalam kenyataan, berkata semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk itu tidak memiliki SPHM yang sah.
"Kita mengambil perhatian serius terhadap pertanyaan yang diterima mengenai produk berkenaan yang tular ketika ini.
"Perkara ini melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011," katanya lapor Berita Harian.
Dalam hal itu, katanya, JAKIM sudah berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera.
"Sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah akta terbabit," katanya.
Menurutnya, akta berkenaan menetapkan semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.
"Melainkan ia diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah terbabit," katanya.
Terdahulu, Pusat Kajian Ajaran Sesat Malaysia (PUKAS) di media sosial mempersoal kesahihan logo halal JAKIM pada produk roti berkenaan.

BERITA TRENDING: Eksploitasi Kanak-Kanak, Agama: Modus Operandi GISB, Kanak-Kanak Dididik Cara Meliwat, Diliwat - KPN

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Bukan Bermaksud Benda Itu Tak Halal, Cuma Nak Buat…” - Khairul Aming

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming menjelaskan ketiadaan sijil halal sebelum ini bukanlah bermakna produk makanan yang dijualnya iaitu iaitu sambal dan dendeng tidak halal.
Berita

‘No Pork, No Alcohol’ Belum Tentu Halal

gempak
13/11/2024
12:25 MYT
Mana-mana premis yang menggunakan istilah ‘tiada babi, tiada alkohol’ atau ‘no pork, no alcohol’, tidak semestinya mencerminkan bahawa makanan yang dijual tersebut adalah halal.
Viral

Alice Chang Sorok Identiti, Cuba Nasib Kerja Di Kedai Aiskrim Lepas Dipecat Cium Doh Roti

gempak
14/10/2024
01:55 MYT
Nama Alice Chang kembali menjadi sebutan apabila dia tidak berputus asa untuk mencuba nasib menjadi pekerjaan baharu di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Hiburan

Noki K-Clique Tidak Mahu Lakukan Adengan Bersentuhan Dengan Pelakon Bukan Muhrim - "Berlapik Boleh Tapi Ikutkan Hati Saya..."

gempak
02/10/2024
13:55 MYT
Penyanyi rap, Noki K-Clique menegaskan dia akan meletakkan beberapa syarat sebelum menerima tawaran berlakon.
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Unitar