,
Laman Utama

JAIS Keluarkan Ketetapan Baharu Solat Jumaat, Benarkan Penggunaan Ruang…

Maliah Surip
18/01/2022
08:50 MYT
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah di semua masjid dan surau, yang mendapat kebenaran Solat Jumaat di negeri ini bagi menunaikan solat fardu Jumaat berikutan perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata Sultan Selangor turut berkenan bagi jarak antara satu jemaah dengan jemaah yang lain ditetapkan dengan jarak 1.0 meter.
“Berikutan perkenan terkini Sultan Selangor, satu surat ketetapan mengenainya akan dikeluarkan dan diedarkan oleh jabatan ini kepada kesemua masjid dan surau terlibat dalam tempoh terdekat, untuk dilaksanakan pada hari Jumaat bertarikh 21 Jan 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketetapan baharu itu akan memberi kesan peningkatan kapasiti bilangan jemaah Solat Fardu Jumaat di seluruh Selangor sehingga 35 peratus, tertakluk kepada keluasan fizikal masjid dan surau, berbanding jumlah bilangan jemaah Solat Fardu Jumaat dibenarkan melalui ketetapan terakhir jabatan itu pada 1 Nov 2021.
“Sebanyak 427 buah masjid dan 316 surau yang mendapat kebenaran Solat Jumaat akan terlibat dengan ketetapan terbaru ini. Ketetapan baharu ini masih menetapkan bagi pihak pentadbir masjid dan surau untuk menguatkuasakan prosedur operasi standard yang ditetapkan kepada para jemaah,” katanya.
Mohd Shahzihan berkata JAIS berharap agar ketetapan baharu ini, akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam khususnya golongan muda untuk berusaha mendapat tempat bagi menunaikan kefarduan mengerjakan Solat Fardu Jumaat.
“Sayugia diingatkan bahawasanya hanya individu yang telah berusaha mendapatkan tempat bagi mendirikan Solat Fardu Jumaat, lalu tidak berjaya, akan diangkat kefarduan jumaatnya selaras dengan pandangan Jabatan Mufti Negeri Selangor mengenainya bertarikh 13 Jun 2020 dan 22 Julai 2020 yang masih dikekalkan sehingga kini,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Adik Atta Halilintar Syak Diri Dijangkiti COVID 19 Varian Omicron

gempak
14/01/2022
15:15 MYT
Semoga lekas sembuh
Laman Utama

Kerajaan Tidak Akan Laksana PKP Besar Besaran

gempak
11/01/2022
14:48 MYT
Namun…
Laman Utama

Alami Gejala Ringan, Hugh Jackman Positif COVID 19

gempak
30/12/2021
02:45 MYT
Sebelum ini rakan pelakonnya disahkan positif virus sama
Laman Utama

Saif Ali Khan Ramal Dunia Akan Kembali Normal Jika Semua Manusia Suntik Vaksin

gempak
13/12/2021
12:50 MYT
Pelakon ini bimbang dengan covid 19
Laman Utama

“Ayyash Affan, Siti Sarah Memang Nak Sangat Nama Tu…” - Shuib Sebak

gempak
07/08/2021
00:41 MYT
Sedihnya…