,
Laman Utama

“Jahanam Lagu Orang..” - Selepas Raffa, Baby Shima Pula Dikecam, Dangdutkan Lagu Tiara!

Azwa Rahman
21/07/2022
07:00 MYT
Selepas penyanyi Indonesia Raffa Azar mencuri perhatian menerusi persembahannya yang dikatakan merosakkan lagu Tiara, kini Baby Shima pula dikecam kerana alasan yang sama.
Menerusi laman sosial Instagram, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, membuat persembahan pentas dengan mendendangkan lagu tersebut dalam versi dangdut.
Dia turut memuat naik video sewaktu persembahan untuk tatapan umum.
“Terima kasih yang datang semalam sporting. Penonton terkejut Tiara jadi dangdut,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi kurang 30 saat itu, menunjukkan Baby Shima sedang asyik bergelek santai sambil menyampaikan ‘chorus’ lagu berkenaan.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya seakan tidak berpuas hati apabila lagu tersebut ditukarkan kepada versi dangdut.
Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang mrnyukai lagu nyanyi asal kumpulan Kris itu diubah muziknya menjadi irama dangdut.
“Lagu sedap, ko yang buat tak sedap,” komen seorang wargamaya.
“Rosak lagu ori Tiara. Habis semua nak didangdutkan,” ujar seorang wargamaya.
“Ntah mende, jahanam lagu orang oit,” kata seorang wargamaya.
“Suka sangat sama lagunya, asik terus,” puji seorang wargamaya.
“Fuiyohh Tiara dangdut i like,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 250,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Da’i Fuad Bidas Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Bukti Dah Tegur Da’i Syed - “Saya Tak Menegur Dalam Keadaan Berkiblatkan Mana Kawan, Mana Lawan”

gempak
02/09/2024
02:52 MYT
Pendakwah, Da’i Fuad tampil menjawab teguran penyanyi, Baby Shima yang mendakwa dirinya pilih kasih dalam memberi teguran terhadap agamawan.
Hiburan

Baby Shima Selar Tindakan Pendakwah Bebas Membisu Bila Kes Libatkan ‘Geng’ Sendiri - “Semua Senyap Sunyi Masuk Dalam Gua…”

gempak
01/09/2024
21:55 MYT
Tindakan pendakwah bebas Da'i Fuad meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa rakannya iaitu Da'i Syed mendapat perhatian penyanyi Baby Shima.
Hiburan

3 Kali Tangguh, Penganjur Nekad Teruskan Konsert Milenia, Tawar Diskaun 50% - "Saya Tak Mahu Dilabel Scammer"

gempak
24/01/2024
11:09 MYT
Konsert Milenia 2024 Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Zepp Kuala Lumpur.
Laman Utama

Pernah Kena 'Cuit', Baby Shima Sindir Zhiddin Aziz 'Terpaling Ikon'!

gempak
17/11/2023
01:55 MYT
Perang balik!
Laman Utama

Baby Shima Dikecam Guna Bendera Israel - “Mesejnya Tetap Sama Mengutuk Tindakan…”

gempak
19/10/2023
00:55 MYT
Shima jawab isu video bendera Israel.