,
Laman Utama

Jaga-Jaga, Dendam Seorang Isteri Bakal Buat Suami Curang ‘Kepanasan’

Maliah Surip
09/03/2022
12:57 MYT
Meletop dan panas! Tayangan Perdana drama baru Astro Prima bertajuk “Dendam Seorang Isteri” telah ditayangkan di laman Youtube Gempak! pada 4 Mac lalu.
Tentu ramai yang tak sabar menunggu gandingan mantap ‘telenovela queen’ Fasha Sandha bersama Nad Zainal. Drama “Dendam Seorang Isteri” merupakan adaptasi daripada drama hebat Korean “Temptation of Wife” yang sehingga kini dianggap antara drama telenovela terlaris di Korea Selatan. Selain dari Malaysia, negara Filipina juga berjaya menjayakan adaptasi drama ini.
Berikut ialah perkara-perkara menarik tentang drama ini yang dapat disaksikan melalui Tayangan Perdana tersebut;
1. Hasil terbitan pengarah tersohor Sharulezad Mohemedin ( @budakijat)
Sharulezad Mohemedin merupakan sebuah nama yang besar dalam dunia naratif TV. Setiap hasil karyanya dipandang tinggi oleh penonton tempatan kerana kebolehannya menyediakan kisah yang dekat dengan masyarakat dan penuh komentar sosial.
2. Fasha Sandha yang terus cantik
Fasha Sandha memainkan watak seorang isteri yang teraniaya, walau begitu ‘telenovela queen’ kita tetap cantik dan ayu sebagai Amira di dalam drama ini.
3. Nad Zainal yang vogue
Hanya perkataan ‘vogue’ mampu admin pakai untuk menggambarkan wardrobe Nad Zainal dalam drama ni. Nad memainkan watak “Kirana”, adik angkat Amira yang pulang untuk merampas suami Amira yang sudah lama dia cintai.
4. Penonton yang tak sabar
Berdasarkan komentar-komentar yang diberikan selepas menonton Tayangan Perdana, nampaknya ramai yang tidak sabar dengan drama yang turut menampilkan lakonan hebat Wan Raja dan Aidit Noh ini. Drama Dendam Seorang Isteri turut dijayakan oleh Roy Azman, Dian P.Ramlee, Zaryn Min dan ramai lagi.
Nantikan drama terbaru “Dendam Seorang Isteri” di Astro Prima jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 21 Mac 2022, kalau terlepas anda juga boleh tengok di Astro Go & On-Demand!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

IShowSpeed Beri Kejutan Untuk Peminat Malaysia, Buat 'Live' Dengan TMJ

gempak
23/09/2024
06:55 MYT
Streamer terkenal dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kembali membuat kejutan kepada peminatnya di Malaysia apabila berpatah balik ke Stadium Sultan Ibrahim untuk bertemu dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Berita

Berdepan 10 Pertuduhan, Alif Teega & Aisyah Hijanah Tak Mengaku Salah Guna Dana Awam

gempak
23/09/2024
02:51 MYT
Pempengaruh Alif Teega dan isteri, Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah atas dakwaan salah guna dana awam.
Hiburan

"Saya Trauma! Selepas Kejadian Itu Saya Takut ..." - Shaza Bae

gempak
23/09/2024
01:50 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Shaza Bae akui dirinya masih trauma selepas berdepan kemalangan jalan raya selepas pulang daripada lokasi penggambaran baru-baru ini.
Bollywood

Shilpa Shetty Tolak Wakili Produk Tidak Sihat: “Kesihatan Adalah Anugerah”

gempak
22/09/2024
14:46 MYT
Menjadi aktres terkenal, Shilpa Shetty memiliki kelebihan untuk dipilih mewakili sesuatu produk yang dipasarkan.
Hollywood

Pernah Dituduh Lelaki, Lady Gaga Malas Layan : “Peminat Tak Peduli Jantina Saya”

gempak
22/09/2024
13:45 MYT
Lady Gaga akhirnya berkongsi pandangan mengenai gosip yang pernah menerpa pada awal kemunculannya dahulu.