gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Gayakan Busana Troides Helena, Netizen Terpegun Lihat Kecantikan Saroop Roshi Di Miss World - “Cantik Betul…”
HIBURAN
“Bapa Saya Sebenarnya Tak Nak Saya Jadi Seorang…” - Mia Sara Shauki
KELUANG MAN
Demam Keluang Man Kembali Melanda! Cetus Nostalgia, Adrenalin & Humor, Permulaan Era Baharu Superhero Original Pertama Malaysia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Jadi Womanizer Dalam Drama Adaptasi Mis Tres Hermanas, Amar Baharin; "Saya Kerap Beristighfar"

gempak
Amri Hassan
06/04/2021
11:50 MYT
Sponsor Banner
Jadi Womanizer Dalam Drama Adaptasi Mis Tres Hermanas, Amar Baharin; "Saya Kerap Beristighfar"
Pelakon Amar Baharin mengakui melakonkan watak asal Santiago dari telenovela popular Mis Tres Hermanas yang diadaptasi ke drama tempatan berjudul Hati Yang Dikhianati benar-benar mencabar baginya.
Menerusi drama Hati Yang Dikhianati, Amar akan memainkan peranan sebagai Zuhri Elyas, seorang womanizer.
"Watak Zuhri Elyas adalah dari watak asal Santiago yang pernah popular di Malaysia malah di seluruh dunia pada tahun awal 2000.
"Jadi, rata-rata peminat yang menonton drama ini dahulu mungkin berusia sekitar 30an/40an/50an diwaktu ini.
"Jadi peluang untuk saya mengimbau kenangan dahulu dengan adaptasi drama melayu ini membuatkan saya lebih teruja dan memberikan 100% komitmen saya bagi menghasilkan yang terbaik dalam Hati Yang Dikhianati.
"Cuma cabaran menjadi womanizer dalam drama ini membuatkan saya lebih kerap beristighfar selepas melakukan beberapa babak yang saya sendiri tidak menyangka keadaan akan jadi seperti itu. Maaf maaf maaf babak apa? Tunggu dan lihat sendiri," katanya.
Sementara itu, Amar akui senang bergandingan dengan pelakon Isyariana yang menjayakan watak Lisa dalam drama tersebut.
"Dia seorang pelakon wanita yang versatil. Buat homework bagi watak Lisa.
"Act dan react dengan keadaan setiap babak dan saya senang bekerja dengan dia," tambah suami kepada Amyra Rosli ini.
Mis Tres Hermanas pernah ditayangkan sekitar tahun 2000 dan dibintangi Scarlet Ortiz, Ricardo Álamo dan Roxana Díaz.
Hati Yang Dikhianati mengisahkan tiga adik-beradik perempuan yang dijaga oleh abang sulung mereka menjalani hidup yang penuh liku dan cabaran.
Drama Hati Yang Dikhianati diterbitkan oleh Global Station dan turut dibintangi oleh Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham dan Syamim Farid.
Drama ini akan ditayangkan mulai 12 April setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di slot Tiara, Astro Prima.
Topic Berkaitan
#Amar Baharin
#Hati Yang Dikhianati
#Isyariana
#Mis Tres Hermanas
#Santiago
Must-Watch Video