,
Laman Utama

Jadi Selebriti Wanita Ke-3 Terkaya Dengan Aset RM97 Juta, Dara Pernah Beli Kasut Berharga RM65,000!

Maliah Surip
06/10/2022
13:38 MYT
Salah seorang anggota 2NE1, Dara, baru baru ini dilaporkan menjadi selebriti wanita ketiga paling kaya di Korea Selatan selepas IU dan Lee Hyori.
Laporan tersebut menyatakan, Dara atau nama sebenarnya Sandara Park memiliki kekayaan mencecah RM97 juta.
Sewaktu muncul dalam episod Problem Child in House bersama Park So Hyun baru baru ini, wanita berusia 37 tahun tersebut sempat menjawab dakwaan dirinya sebagai selebriti wanita ketiga terkaya dalam industri hiburan mereka.
Menurut Dara, dia terkejut selepas membaca laporan tersebut.
“Ada satu artikel yang mengatakan saya memiliki kekayaan sebanyak 30 billion KRW (RM97 juta). Saya sangat sedih kerana ia tidak benar.
“Tapi selepas memikirkannya semula saya rasa laporan itu betul. Sepanjang karier mungkin saya memang telah mengumpul harta sebanyak RM97 juta.
“Saya mungkin boleh membuat pelaburan dalam bidang hartanah jika tidak berbelanja terlalu banyak,” akui Dara seperti dilaporkan AllKPop.
Hal itu merujuk kepada sikapnya yang diketahui sebagai salah seorang wanita dengan hobi mengumpul kasut.
Saat ditanya berapa banyak kasut yang dimilikinya, Dara tidak berselindung.
“Saya ada lebih 1,000 pasang kasut. Kasut paling mahal yang saya miliki berharga RM65 ribu.
“Saya membelinya dalam semua warna yang ada. Saya tidak selalu memakainya, tapi kalau saya pakai dan tidak mahu ia kotor, saya hanya memakainya di dalam rumah,” jelas Dara yang membuat hos dan tetamu lain terkejut dengan pengakuan tersebut.
Kredit Foto: KPopping
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat

gempak
12/09/2024
02:25 MYT
Pelakon berusia 29 tahun, Sirilak Kwong atau Lingling Kwong boleh dianggap sebagai selebriti yang bertuah.
Bollywood

Penyanyi Bengang Dibaling Kasut, Cabar Peminat: “Siapa Buat? Naik Ke Pentas!”

gempak
09/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tauba Tauba, Karan Aujla berang dan mencabar penonton yang telah membaling kasut ke arahnya sewaktu membuat persembahan di London baru-baru ini.
Hollywood

Selena Gomez Kini Bilionair, Miliki Nilai Kekayaan Sebanyak ...

gempak
08/09/2024
09:50 MYT
Selena Gomez baru berusia 32 tahun namun jangan main-main apabila menyebut tentang aset atau kekayaan yang telah dimiliki oleh bintang Hollywood ini.
Artis

Pelakon Korea Selatan Dipenjara Setahun Atas Kesalahan Dadah

gempak
03/09/2024
17:55 MYT
Pelakon Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun pada Selasa (3 Sept) kerana kerap menyalahgunakan dadah terlarang dan ditahan serta-merta, lapor Agensi Berita Yonhap.