,
Hiburan

Jadi Perhatian Berpelukan Lepas Balik Umrah, BFF Ruhainies Mohon Maaf

Mya Amri
22/04/2024
03:55 MYT
Pelakon, Ruhainies kembali menjadi perhatian netizen selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.
Menerusi video tular di media sosial, reaksi Ruhainies berpelukan secara spontan bersama rakan baik lelakinya yang menyambut ketibaannya mengundang rasa kurang senang netizen.
Lebih-lebih lagi apabila Ruhainies dan kakaknya, Risteena Munim dilihat masih mengenakan jubah dan niqab berwarna hitam.

Rakan baik lelaki mohon maaf

Bagaimanapun selepas menerima kecaman, rakan baik Ruhainies itu kemudiannya tampil memohon maaf atas tindakan spontan itu.
“Maafkan saya, saya yang salah tolonglah,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.
Disebabkan itu juga, video asal yang merakamkan momen tersebut telah pun dipadamkan di akaun TikTok @zaharzbubu7.

BERITA TRENDING: Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Aliff Aziz.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.