,
Laman Utama

Jadi Headliner NUSA FEST, Butterfingers Cakap Soal Album & Projek Baharu

Maliah Surip
02/07/2023
13:50 MYT
Butterfingers merupakan salah satu daripada tiga headliners yang diumumkan mengisi NUSA FEST yang bakal berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi. Dua headliners yang lainnya adalah kumpulan legenda Search dan Wings.
Kemunculan Butterfingers selepas hampir empat tahun tidak dilihat beraksi di pentas menimbulkan keterujaan penggemar mereka, terutama Royal Butters. Dengan membariskan Emmet, Loque, Kadak dan Loko, Butterfingers dijadualkan bermain selama 45 minit di NUSA FEST pada 9 Julai depan.
BACA: Konsert Ulang Tahun Ke-20 Butterfingers - Transcendence: Terima Kasih Butterfingers, Rindu Kami Terubat
Tanpa menamakan lagu yang bakal dibawakan, Emmet memberitahu Butterfingers hanya ingin ‘bergembira’ pada festival yang membabitkan 24 buah kugiran daripada Malaysia, Indonesia dan Singapura itu.
“Kami hanya ingin bergembira dan meraikan karya serta peminat,” katanya ringkas.
Ditanya adakah pembabitan dalam NUSA FEST memberi indikasi Butterfingers sedang menggarap karya baharu atau memiliki projek besar yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, Loque memberitahu mereka mahu bergerak secara slow-slow atau perlahan.
“Untuk album baharu belum ada kerana terus-terang, kami sekarang dalam fasa meraikan karya-karya lama Butterfingers yang dikeluarkan dengan agak kerap satu masa dahulu.
BACA: Kejap Menyepi, Kejap Buat Konsert, Ini Jawapan Butterfingers
“Buat masa ini, kami pilih bergerak secara melly goeslaw. Bukan Melly Goeslaw penyanyi Indonesia itu tapi secara slow-slow atau perlahan. Jadi kami tidak mahu bercakap lebih kerana apa-apapun boleh terjadi pada masa akan datang,” jelas Loque sambil berseloroh.
Namun Loque mengakui Butterfingers akan muncul dengan sebuah projek khas yang direncana sempena Aidilfitri tahun hadapan.
“Insya-Allah akan ada sesuatu tentang Butterfingers dan Aidilfitri nanti,” katanya ringkas.
Sepanjang bergelumang dengan belantika muzik tempatan sejak sekitar tahun 1996, Butterfingers sempat melahirkan beberapa album termasuk Transcendence, Malayneum, Selamat Tinggal Dunia dan Kembali.
Butterfingers kali terakhir bertemu Royal Butters adalah pada Konsert Transcendence 20 Tahun di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November 2019 lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gabungkan Tiga Band Gergasi Malaysia, Ini Momen-Momen Menarik Sepanjang Showcase UND3RGROUND!

gempak
07/03/2024
14:55 MYT
Momen menarik showcase UND3RGROUND
Peraduan

Gempak Giveaways: Konsert Ruffedge

gempak
02/08/2023
14:40 MYT
Peraduan

Gempak Giveaways: Tiket Atas Angin Festival

gempak
26/07/2023
14:13 MYT
Peraduan

Gempak Giveaways: Tiket Konsert This Is Johan Live in Kuala Lumpur

gempak
13/07/2023
10:31 MYT
Laman Utama

NUSA FEST:  Butterfingers, Search, Wings, The Changcuters, Fourtwnty & Lainnya Korang ‘Liar’, ‘Rabak Teruk!

gempak
12/07/2023
13:40 MYT
Best atau puas hati.