,
Laman Utama

Izara Aishah Tolak Tawaran Berlakon, Bagi Tumpuan Sepenuh Untuk Anak - "Bila Irisa Dah Besar & Faham, Barulah Saya Akan Mula Bekerja"

Zulaikha Yusof
02/06/2021
00:18 MYT
Pelakon Izara Aishah, 29, mengakui belum ada keyakinan untuk meletakkan kepercayaan kepada pembantu rumah bagi menguruskan anak perempuannya, Irisa Alaia.
Menurut Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham berkata dia akan kembali aktif bekerja selepas anaknya faham tentang kerja.
"Saya tak pernah terfikir untuk berhenti berlakon. Saya cuma nak tunggu sehingga dia boleh faham (kerja). Bila dia dah besar dan faham, barulah saya akan mula bekerja.
"Sebenarnya saya dah banyak terima tawaran tapi saya terpaksa tolak dahulu sebab tak bersedia nak tinggalkan baby.
"Saya pun tak upah pembantu rumah.. tak ada siapa nak jaga dan saya memang nak jaga sendiri.
"Ikutkan saya sudah bersedia nak ada pembantu rumah tapi saya belum ada keyakinan untuk letakkan kepercayaan kepada mereka lagi. Kalau ada maid pun, dia hanya kemas rumah sahaja," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelakon filem Pilot Cafe menyatakan kehadiran Irisa telah mengubah banyak perkara dalam kehidupannya.
Katanya, dia masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan anak kecil dan masa yang sama juga sedang belajar semula mengenai bab solekan.
"Sejak ada baby ini, banyak saya belajar terutama dari segi kesabaran. Bagi saya, banyak perubahan dari semua benda... suami, kawan, keluarga, baby dan keadaan rumah kena jaga.
"Seronok ada baby... tapi saya cuba untuk menyesuaikan diri sebab nak jaga sebab bukan senang nak jaga baby.
"Sampai saya pun, susah nak jaga diri sendiri. Sekarang ini, saya baru nak mencari diri saya dahulu.
"Sebab saya jadi malas nak bersiap tapi dia pun dah besar dan perlahan-lahan saya tengah belajar balik tentang solekan," katanya lagi.
Terdahulu, Izara berkahwin dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Irisa Alaia pada 15 April tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar