HIBURAN
“Itu Adalah Pilihan Mereka” - Rizman Ruzaini Tidak Kisah Bekerjasama Bersama Artis Kontroversi
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, berkongsi pandangan mereka mengenai kolaborasi dengan artis yang terpalit kontroversi.
Menurut Rizman, pihaknya sentiasa bersikap profesional dalam memilih artis untuk bekerjasama dan tidak melihat kontroversi sebagai satu isu besar.
"Bagi kami, tugas utama adalah berkarya dan bekerja dengan mana-mana artis tanpa mengambil kira kontroversi yang melanda mereka.
"Itu adalah pilihan individu, sama ada mahu menaikkan nama dengan kontroversi atau tidak.
"Tetapi bagi kami di Rizman Ruzaini, perkara ini bukan masalah selagi artis tersebut mampu membantu memperkukuhkan jenama kami. Kami akan terus menyokong mereka," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Ruzaini turut menegaskan mereka sentiasa berusaha mengekalkan prestasi dan reputasi jenama mereka.
Oleh itu, sebarang isu peribadi artis adalah urusan mereka sendiri dan tidak berkaitan dengan jenama.
"Sebenarnya, perkara ini akan memberi refleksi kepada jenama itu sendiri. Kami di Rizman Ruzaini sentiasa berusaha menjaga imej dan prestasi kami.
"Jadi, isu peribadi artis bukan halangan bagi kami. Namun, jika ia berkaitan dengan kerja, profesionalisme harus diutamakan," jelas Ruzaini.
BERITA BERKAITAN: Rizman Ruzaini Teruja Buka Pop-Up Store Raya Dalam ‘Shopping Mall’, Nak Beri Pengalaman Baharu Buat Pelanggan Setia - “Saya Yakin Sudah Sampai…”
BERITA BERKAITAN: Rizman Ruzaini Fokus Fesyen, Tak Terfikir Nak Jadi Penyanyi - “Biarlah Saya Pakaikan Busana Sahaja”
BERITA BERKAITAN: Baju Kurung Rizman Ruzaini Terjual Lebih 300,000 Helai
BERITA BERKAITAN: Rai Ulangtahun Ke-20, Rizman Ruzaini Lancar 5 Koleksi Raya 2025 Serentak
Must-Watch Video