Hiburan
“It Touches My Inner Feelings” – Puji Lagu Seribu Tahun, Anuar Zain Mahu Nyanyi Karya Ciptaan Imran Ajmain
Penyanyi tersohor negara, Anuar Zain baru sahaja selesai menjayakan konsert solonya di Singapura, Anuar Zain “Cinta Takkan Berakhir” Concert Live in Singapore 2018 pada 26 Oktober lalu.
Menyampaikan rangkaian lagu popularnya, Anuar juga sempat mengalunkan lagu ciptaan dan nyanyian Imran Ajmain, Seribu Tahun.
Terharu dengan tindakan Anuar, Imran meluahkan rasa bangga menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Last night, my WhatsApp notifications went crazy with messages pouring in and they were all from my friends and contacts in Singapore.
“I had just missed this big experience of being witness to my song Seribu Tahun being sung by the most talented, celebrated and prolific Malay male R&B artiste.
“Basically, without this guy, none of us would have gotten this far. NONE! I needed this yesterday, and Allah just knows.
“Thank you @anuarzain70 @anuarzainnetwork for this honour. It’s been 12 years... terima kasih semua!” tulis Imran.
Di ruangan komen, Anuar memuji lagu Seribu Tahun dan meminta sebuah lagu ciptaan Imran untuk dinyanyikan.
“Hi Imran. Compose me a song please. Seribu Tahun means a lot to me, it touches my inner feelings.
“Thank you for sharing your deepest feelings with us. Cheers bro!” tulis Anuar.
Penyanyi Ernie Zakri yang juga merupakan anak saudara kepada Anuar turut meninggalkan komen.
“Beautiful song ever bang,” tulisnya.
Seribu Tahun merupakan lagu yang memperkenalkan nama Imran di persada seni Malaysia.
Seribu Tahun meraih populariti mendadak di Malaysia selepas dijadikan lagu tema untuk drama bersiri Kerana Cintaku Saerah lakonan Datin Seri Umie Aida, Benjy, Noorkhiriah, Wan Maimunah dan ramai lagi.
Untuk rekod, Imran pernah menghasilkan lagu untuk Taufik Batisah, SleeQ, Hady Mirza, Diandra Arjunaidi dan ramai lagi.
Must-Watch Video