,
Laman Utama

Isu Video Tular, Ismail Izzani Cabut Lari Elak Berdepan Media

Mya Amri
26/11/2022
08:21 MYT
Penyanyi, Ismail Izzani, 22, mengelak bertemu media susulan kontroversi video tular memaparkan seorang lelaki didakwa miripnya ghairah berciuman dengan seorang wanita seksi di kelab malam baru-baru ini.
Ismail yang hadir dan membuat persembahan bersama Naim Daniel menerusi lagu Habis Sini di pentas Muzik-Muzik 37 Separuh Akhir (SFMM37) bertempat di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam enggan dirinya ditemu bual media.
Ismail juga dikhabarkan pulang selepas selesai membuat persembahan pertama di SFMM37 berkenaan.
Terdahulu, video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki bermirip Ismail, 22, dipercayai dalam keadaan mabuk merangkul gadis seksi sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.
Lelaki terbabit juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya dipercayai dalam keadaan 'lalok'.
Susulan penularan video itu, akaun Instagram anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam itu diserang netizen apabila rata-rata mengecam perbuatan tidak bermoral itu.
Namun, ini bukanlah kali pertama penyanyi berkenaan terbabit dalam kontroversi berpelukan di kelab malam.
Empat tahun lalu, Ismail pernah dikecam netizen gara-gara aksi mesranya dengan seorang pelakon sensasi.
Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa Ismail mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis akibat terlanjur, namun ibunya menafikan berita itu dan menyifatkan dakwaan itu hanyalah gosip liar.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Faisal Halim Disimbah Asid: “Apa Kena Mengena Dengan Saya” - Tunku Mahkota Ismail

gempak
10/06/2024
00:46 MYT
Dalam satu program podcast bersama penyokong JDT, baginda yang juga Pemangku Sultan Johor dengan sekeras-kerasnya menafikan dakwaan penglibatan beliau sebagai perancang utama di sebalik insiden itu.
Hiburan

Ismail Izzani Kemalangan Tunggang Motosikal, Alami Cedera Ringan - "So Far So Good, Alhamdulillah Okey"

gempak
12/01/2024
03:30 MYT
Penyanyi Ismail Izzani mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan dan kaki akibat berdepan kemalangan ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi
Laman Utama

Dituduh Hamilkan Anak Gadis, Syarikat Pengurusan Ismail Izzani Mahu Saman

gempak
09/06/2023
03:21 MYT
Syarikat Pengurusan Ismail Izzani Mahu Saman
Laman Utama

“Bukan Ismail Izzani” - Plot Twist! Rupanya Dakwaan Hamil Anak Artis Lelaki Tak Benar, Wanita Mohon Maaf Akaun Akan Dipadamkan

gempak
07/06/2023
22:53 MYT
Tiba-tiba akaun tu kata semua tak benar.
Laman Utama

“Saya Tak Hipokrit, Saya Pergi Situ Ada Tujuan…”- Ismail Izzani Mengaku Masih Ke Kelab Malam

gempak
15/02/2023
00:00 MYT
Ismail kata pergi club ada tujuan