HIBURAN
Isu Thalita Kena ‘Pulau’ Rakan Sekolah, Ini Respons Shuib Sebagai Bapa - “Pada Mulanya, Agak Menjejaskan Emosi Dia Tapi…”
Pelawak Shuib memberitahu dia sentiasa berpesan kepada anak perempuannya iaitu Dzahira Thalita Zahra hanya berkawan dengan orang yang ingin bersahabat dengannya apabila di sekolah.
Dipulau rakan sekolah
Menurut Shuib, dia enggan membiarkan isu Thalita didakwa dipulaukan oleh rakan sekolah kerana bimbang ia akan menjejaskan emosi anak perempuannya itu.
“Saya cakap dekat anak saya, Thalita… kalau mereka tak kawan, tak payah la kawan. Kadang tak faham, mungkin sebab Gen Z ini lain sikit dekat sekolah.
“Nak palau orang ini… jadi saya cakap senang dengan dia ‘pergi sekolah, siapa nak kawan dengan Talita, kawan dengan dia. Siapa tak nak kawan, dah tak payah lagi kawan dengan dia’.
“Sebab saya tak nak perkara itu menganggu mental dia,” kata Shuib kepada Gempak ketika ditemui di malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2024 di Auditorium MBSA, Shah Alam baru-baru ini.
Ganggu emosi
Dalam pada itu, Shuib turut mendedahkan isu tersebut pada mulanya agak mengganggu emosi Thalita namun keadaannya kini lebih baik.
“Pada mulanya agak menjejaskan emosi dia. Tapi bila dia belajar apa yang perlu dia buat, Insya-Allah tak ada apa-apa masalah,” ujarnya.
Sementara itu, Shuib juga sentiasa menitipkan pesanan dan nasihat untuk puteri kesayangannya itu.
“Saya sentiasa ada dengan dia untuk beritahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Insya-Allah tak ada masalah. Saya pun tak ada la lama dalam industri tapi berbelas tahun juga.
ARTIKEL BERKAITAN: Nama Makin Popular, Thalita Dedah Layanan Rakan Sebaya Mula Berubah - “Memang Saya Kena Palau…”
ARTIKEL BEKAITAN: “Jangan Sentuh Anak Aku, Dia Muda Lagi” - Shuib Terasa Hati, Netizen Tuduh 'Jual' Anak
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Arwah Ibu Ada Sekarang, Pasti Dia Bangga Dengan Saya” – Talita Gembira, Tak Sangka Hasrat Jadi Penyanyi Tercapai
“Saya dah tahu asam garam dalam industri, jadi Insya-Allah saya boleh bimbing dia dan saya boleh jadi orang yang dekat dengan dia. ,
“Antara nasihat saya selalu beri ‘orang baik dengan kita, kita baik dengan orang itu tapi kalau orang itu buat jahat dengan kita, kita tak payah buat baik dengan dia dan jauhkan diri daripada mereka’.
“Sentiasa buat apa yang kita nak buat, usahakan apa yang kita cita-citakan dan semoga Allah makbulkan,” katanya lagi.
Terdahulu, Talita mendakwa dia dipulaukan oleh rakan-rakan sekolah sejak namanya semakin dikenali.
Must-Watch Video