,
Hiburan

Isu Tahfiz Aaron Aziz: "Bangunan Dibina Atas Tanah Orang" - Pertahankan Hak, Pemilik Tampil Beri Penjelasan

Zulaikha Yusof
04/09/2020
11:45 MYT
Seorang wanita tampil memberikan penjelasan mengenai isu pusat tahfiz dirobohkan di Pulau Langkawi, Kedah yang didakwa milik pelakon Datuk Aaron Aziz.
Sebelum ini, Aaron meluahkan rasa sedih selepas pusat tahfiznya terpaksa dirobohkan namun tidak dijelaskan situasi sebenar yang terjadi.
BACA: "Kasihan Tahfiz Saya Di Langkawi Dirobohkan" - Aaron Aziz Kecewa
Ketika dihubungi Gempak, wanita bernama Fosiyah Md Din, 62, mendakwa tanah itu merupakan milik adik beradiknya dan kini dalam proses untuk pembahagian supaya setiap seorang mendapat hak masing-masing.
"Tanah tu dibahagikan kepada tujuh orang adik beradik. Kami dalam proses untuk pecah bahagian supaya dapat seorang satu geran.
"Kami dah buat pengukuran tanah. Bahagian abang saya untuk wakaf itu diberikan kepada pihak terbabit untuk dibuat tahfiz.
"Bangunan itu sebenarnya sudah dibina atas jalan. Kami dapat surat dari pejabat tanah yang permohonan untuk mendapatkan geran tidak diluluskan sebab ada pembinaan yang dilakukan atas jalan.
"Saya dah bagitahu tiga kali dekat pihak terbabit untuk tidak melakukan apa-apa pembinaan atas jalan, tetapi mereka degil. Dah empat tahun kami memohon geran untuk pembahagian tanah tapi masih tidak diluluskan.
"Saya minta diruntuhkan kalau nak dapat geran untuk tanah yang diwakafkan itu. Kalau tak buat, memang tak dapat kelulusan daripada pejabat tanah," dakwanya.
Tegas Fosiyah lagi, bukan keseluruhan tahfiz itu dirobohkan, tetapi hanya bangunan yang dibina atas jalan sahaja.
"Bangunan yang diruntuhkan hanya bahagian yang dibina atas jalan sahaja, bukan keseluruhannya.
"Bukan saya sendiri runtuhkan, tapi ia mengikut ukuran yang telah diberikan oleh pejabat tanah," dakwanya lagi.
Dalam pada itu, dakwa Fosiyah lagi, tanah itu milik abang sulungnya dan tahfiz itu masih belum ada permit.
"Kalau diikutkan tahfiz itu tidak sah. Tanah itu pemiliknya adalah abang saya yang sulung.
"Pada Rabu lalu, baru saya tahu bila keluar berita mengenai Aaron kesal kerana tahfiz dirobohkan. Ramai netizen yang kecam kami tanpa mengetahui cerita yang sebenar.
"Tahfiz itu tak ada permit. Geran tanah pun belum dapat sebab ada bangunan atas jalan.
"Geran yang yang ada sekarang terkandung nama kami semua tujuh adik beradik, geran yang tertulis atas nama setiap seorang masih tak dapat lagi.
"Tapi kami sebagai tuan tanah tak akan berundur. Bangunan itu dirobohkan untuk kami dapat geran. Kalau tak, sampai bila-bila pun kami tak dapat.
"Anak-anak kami nanti apa cerita? Kami semua dah tua, kenalah fikir masa depan pewaris kami," katanya mengakhiri perbualan.
Sementara itu, Gempak juga telah menghubungi Aaron dan pelakon itu enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fatin Afeefa Hantar Anak Masuk Sekolah Tahfiz, Menangis Dengar Adam Baca Lafaz Janji Hafaz Al-Quran

gempak
05/11/2024
20:55 MYT
Pelakon, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak selepas menghantar anak sulungnya, Adam Aisy Arrian menyambung pengajian ke sekolah tahfiz.
Berita

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

gempak
15/10/2024
07:25 MYT
Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan E6, terjejas.
Berita

Lubang Benam: Hasil Penuh Siasatan Dalam Peringkat Akhir Penelitian

gempak
14/10/2024
12:55 MYT
Hasil penuh siasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India dan laporan penilaian geo teknikal di kawasan sekitarnya kini dalam peringkat akhir penelitian oleh pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Terkini

Tanah Jerlus Masjid India: Lokasi Terus Jadi Tumpuan, Tular Hingga Ke Indonesia

gempak
02/09/2024
02:33 MYT
Seorang pelancong dari Indonesia, Effy Susanti Umar Said, 46, berkata, berita mengenai kejadian terbabit diketahui menerusi aplikasi TikTok yang tersebar secara meluas di negaranya.
Terkini

Tanah Jerlus Masjid India: Kakitangan Dari Syarikat Swasta Tiba Di Lokasi

gempak
31/08/2024
04:55 MYT
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini yang ditangguh awal pagi tadi disambung semula hari ini.
Unitar