,
Hiburan

Isu 'Stop Dreaming', Ini Jawab Neelofa Kepada Zahnita...

Kamaruddin Razal
26/05/2019
01:50 MYT
Pelakon dan pengacara popular, Neelofa tidak terasa hati dengan apa yang diperkatakan oleh model Zahnita kepada dirinya.
Menurut Neelofa, pada awalnya, dia tidak mengetahui langsung mengenai kata-kata yang ditujukan oleh Zahnita kepada dirinya.
"Sejujurnya, saya tak tahu kerana sedikit ketinggalan mengenai isu ini. Sampailah ada kenalan saya yang memberitahu saya mengenai perkara terbabit. Dia menghantar komen yang ditulis Zahnita di Instagram itu kepada saya.
"Saya tak terasa hati dengan Zahnita dan apa yan diperkatakan. Saya melihat perkata terbabit dari sudut positif. Saya tak kisah, ia perkara kecil sahaja. Saya faham apa yang cuba disampaikan, tetapi saya rasa pelik," kata Neelofa.
Sebelum ini, Zahnita yang merupakan mentor Neelofa di program Dewi Remaja 2010 mengundang teka-teki ramai apabila memuat naik paparan skrin daripada Instagram pengacara MeleTOP itu dalam akaun peribadinya.
Paparan skrin yang menyaksikan Neelofa dilantik sebagai wajah rasmi Swarovski itu membuatkan Zahnita, selaku mentor Neelofa ketika Dewi Remaja suatu ketika dulu memberikannya nasihat dan peringatan.
"Good morning! Hope your having a lovely weekend... lovely weather today.
"Stop dreaming dik! @neelofa wake up and smell the coffee. Cause just across the border, are hundreds of families suffering... big turban... small...???? Anyone care to fill in the blank
"@chicksforclimate yes... I dare go there," pesan Zahnita.
BACA: "Stop Dreaming Dik!" - Pernah Jadi Mentor Dewi Remaja, Zahnita Bagi Pesanan Padu Untuk Neelofa
Tambah Neelofa, ada baiknya jika Zahnita menegurnya secara berdepan atau persendirian.
"Saya faham apa yang cuba diperkatakan tetapi adalah lebih manis jika dia menghubungi saya secara peribadi, menghubungi pihak pengurusan saya atau mencari orang yang rapat dengan saya untuk menyampaikan perkara terbabit.

#throwback Photobooth neelofaXchatime Iftar 2019 | Royale Chulan Hotel Damansara | 24 Mei 2019 . . KAMI MENYEDIAKAN PHOTOBOOTH YG PALING BERKUALITI ⁉️ HARGA YG BERPATUTAN⁉️ & SERVIS YG PALING "TIP TOP"⁉️ . . Inilah photobooth yg mampu mmbuat tetamu anda yg hadir trsenyum gmbira!! Malah anda sndiri akan berpuas hati dgn service terbaik dr Lukisan Cahaya Photobooth ini.!! Bkn itu shj malah anda akan dapat servis PERCUMA sekiranya anda tempah skrg‼️ . . NNT DULU!! ADA EXTRA BONUS PERCUMA⁉️ Perkhidmatan INSTAPRINT (Photo 3"x4") secara PERCUMA dengan mengambil perkhidmatan PHOTOBOOTH kami SEKARANG‼️ . . Apa yang menarik pada pakej PHOTOBOOTH ni⁉️ ?Portable Photobooth - Box ?Best Quality Photo from Best Camera - DSLR ?Photo Size 2"x6"/3"x4"/4"x6"/6"x8" ?Unlimited Print ?Profesional Lighting - Studio ?Sequin/Curtain/Printed Backdrop ?Red Carpet ?Cheerful Props ?Hardcover Guestbook ?Friendly Crews ?DVD unlimited softcopy ?Free Transport within 50km from Plaza Tol Bangi . . Berminat ❓ WHATSAPP SKRG 0173031381 - Man . #lukisan_cahaya #selfie #neelofaxchatime #photoboothmurah #photoboothpalinghot #photoboothmalaysia #guestbookcorner #photostrip #photodisplays

A post shared by Lukisan Cahaya Photobooth (@lukisan_cahaya) on

"Saya mengambil perkara ini dari sudut pandangan yang positif dan ada mesej yang mahu disampaikan oleh Zahnita," katanya yang ditemui di majlis iftar Neelofa x Chatime di Hotel Royal Chulan Damansara pada Jumaat.
Pada majlis yang sama, Neelofa mengumumkan jalinan kerjasama dengan Chatime Malaysia Sdn Bhd untuk membuka cawangan Chatime Signature yang berbentuk kafe di Malaysia.
Bakal menjadi kafe Chatime Signature yang pertama di Malaysia yang bakal dibuka pada penghujung tahun 2019, lokasi kafe tersebut akan diumumkan kelak.
Kredit foto: Instagram Neelofa, Chatime, @echolaliapictures & @lukisan_cahaya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Hiburan

“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

gempak
20/10/2024
07:55 MYT
Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.
Unitar