,
Hiburan

Isu SMDX, Pengurusan Mohon Maaf Tampil Beri Penjelasan - “Kami Mengaku Banyak Lagi Perlu Dipelajari”

Mya Amri
23/05/2024
23:55 MYT
Syarikat pengurusan XIOKK Entertainment akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa isu tular yang melanda artis di bawah naungannya iaitu SMDX.
Kenyataan rasmi itu diberikan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram milik syarikat tersebut.

Penjelasan mengenai plagiat & pemakaian

“XIOKK Entertainment ingin menjelaskan beberapa isu yang telah tular baru-baru ini berkenaan penerbitan lagu dan video klip artis kami SMDX - Original Sabahan.
“Plagiat - Kami ingin mengesahkan bahawa segala kebenaran dari segi penerbitan dan pembikinan semula lagu Original Sabahan telah mencapai perjanjian antara XIOKK dan juga Rusa Marketing selaku syarikat penerbit untuk Hezron, komposer Original Sabahan.

“Pemakaian - Kami ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan pilihan pemakaian kami.

“Kami mengaku, banyak lagi yang kami boleh baiki. Kami mengambil semua kritikan dan dengan izin tuhan, kami akan perbaiki lagi di masa depan,” maklum kenyataan itu.

Mohon maaf isu video tular ahli SMDX

Dalam hantaran yang sama, pihaknya juga turut memohon maaf atas isu video tular merakamkan salah seorang anggota SMDX iaitu Elle yang dikatakan agak kasar ketika menjawab komen netizen dan selain mendakwa tidak mengenali kumpulan Dolla.
Bagaimanapun, syarikat itu menjelaskan mereka sesekali tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kecaman berbaur pembulian.

“Bagi pihal El dan juga SMDX, kami ingin secara formal membuat permohonan maaf kepada semua atas kekhilafan kami.

“Kami mengaku, banyak lagi yang perlu kami pelajari. Kami berjanji akan perbaiki lagi cara kami.

“Namun, syarikat kami tidak sekali menerima apa-apa jenis kecaman yang berbaur pembulian & memalukan artis-artis kami.
“Kami memohon maaf kerana terpaksa membuang segala komen-komen yang mengandungi sentiment sebegitu. Kami di sini, cuma ingin belajar dan berkarya.
“Visi & Misi XIOKK kekal sama, iaitu untuk membina atau memperkukuhkan ekosistem muzik di Sabah dan dengan izinNya, memberikan lebih peluang kepada bakat-bakat di Sabah untuk menunjukkan karya mereka bukan sahaja di pentas nasional bahkan ke persada dunia,” jelas kenyataan itu.

BERITA TRENDING: SMDX Mohon Maaf Pada iDolla - “Kami Sangat Menghormati Dolla Sebagai Senior Dalam Industri”

Terdahulu, nama SMDX menjadi hangat berikutan komposer, Julfekar menegur sikap salah seorang anggota kumpulan baharu SMDX iaitu Elle yang dilihat sedikit bongkak dan kasar ketika menjawab komen netizen.

BERITA TRENDING: Julfekar Tegur Sikap Ahli Kumpulan SMDX - “Belum Apa-Apa Dah Ada Attitude Problem, Jangan Bikin Malu Orang Sabah”

Julfekar berkata sikap sebegitu boleh memburukkan nama SMDX yang baru sahaja dikenali ramai.
Selain SMDX, Julfekar sebelum ini juga pernah menegur persembahan kumpulan The Gadys kerana mutu persembahan dan kualiti vokal mereka yang agak mengecewakan.
Untuk info, kemunculan SMDX (disebut sebagai Sumandax) menerusi lagu Original Sabahan baru-baru ini menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen.
Kumpulan wanita Sabah pertama yang berada di bawah naungan XIOKK Entertainment itu dianggotai oleh Crystal Vanessa John, Deveygrayc dan Elle Thong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.