,
Laman Utama

Isu Rentas Negeri Langgar SOP: "Yang Ada Nama Ada Duit Buatlah, Cuma Jangan Upload!" - Fynn Jamal

Amri Hassan
07/04/2021
04:25 MYT
Usahawan dan penyanyi Fynn Jamal terkilan dengan tindakan segelintir individu yang terang-terangan melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Kata Fynn, lebih mendukacitakan apabila ada segelintir rakyat yang menjadi mangsa kepada golongan yang gemar mengambil kesempatan.
"Macam dari awal lagi la surat keizinan lepas ke mana, ke situ aje lah kita. Aku ada jemputan kat KL pun, ke mana ditulis alamat tu, ke situ ajelah aku. takde ngonar. Penatlah, penat jadi orang yang akur undang-undang kadang-kadang tahu tak.
"Aku ni lama sangat tak peluk abah. Dalam bulan ni aje ada dua sepupu baya-baya aku ajal mengejut. Nak be with family pun tak boleh.
"Memang ada kelonggaran kalau kematian tapi kalau dalam dunia ni semua memang patuh SOP, bolehlah. Kalau kita pakai baju besi pun orang lain ke hulu hilir tak jaga dan singgah-singgah tetap takde fungsi.
"Kenapa orang ada nama, orang besar-besar nak bincang buka kertas la apa, yang lain-lain main tulis je terus kompaun?" soalnya di Instagram.
Turut berkongsi rasa sedih dan rindu terhadap keluarganya di kampung, tambah Fynn tiada niat cemburu dengan kelonggaran yang diberikan kepada segelintir pihak.
Cuma, yang menjadi pertikaian apabila wujud individu yang berkepentingan yang tanpa segan silu mendedahkan perbuatan (melanggar SOP) di media sosial.
"Mana orang tak sakit hati. Nama standard operating procedure; tapi pelaksanaan tak standard. Kejap boleh kejap tak boleh, kejap orang ni ok kejap orang ni tak ok. Pening, rasa sedih camni.
"Pastu yang ada nama ke ada duit ke, boleh tak mintak jasabaik nak buat apa pun buatlah cuma jangan upload. Please!
"Benda orang tak tahu, orang tak peduli. Nak nangis rasa... dan orang bukan jealous pun. Nak buat apa pun buatlah. Orang rindu mak abah tau tak. Aku dah call dan video call hari-hari tau, memang tak puas," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Unitar