,
Laman Utama

Isu Penunggang Motosikal 'Kayangan', Polis Sangkal Kenyataan Caprice

Gempak
06/05/2023
08:59 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan pempengaruh, Caprice yang mengkritik tindakan pihak berkuasa yang seolah-olah melindungi penunggang motosikal ‘kayangan’.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, dakwaan yang dimuat naik Caprice di akaun Instagram pada Jumaat adalah salah dan tidak benar.
Menurut Mat Kasim, pihaknya tidak pilih kasih ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya.
"Tidak kira menunggang motosikal kapcai atau Ducati, mereka yang terlibat akan diambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang ditetapkan.
"Untuk makluman, dua kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dibuka oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor berkait kejadian berasingan yang melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi ini," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata, kertas siasatan dalam proses akhir sebelum mendapat keputusan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Jelasnya, terdapat juga kes penunggang motosikal berkuasa tinggi yang tidak memakai topi keledar diambil tindakan selepas videona tular di media sosial.
"JSPT sentiasa memastikan siasatan yang adil dan telus tidak kira latar belakang mereka yang melakukan kesalahan," ujarnya.
Justeru, orang awam diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar dan mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan kesalahan undang-undang jalan raya disalurkan kepada PDRM agar tindakan dapat diambil.
SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Polis Kesan Individu Pukul OKU Di Dataran Shah Alam

gempak
16/11/2024
05:25 MYT
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Berita

Anak Lapor Polis Selepas Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021

gempak
12/11/2024
11:55 MYT
Menurut sumber, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Berita

Banyak Spekulasi Tidak Benar, Kami Serbu 5 Pagi - Polis Thailand

gempak
09/11/2024
18:55 MYT
Polis Sungai Golok mendakwa banyak spekulasi yang tidak benar berhubung tangkapan enam suspek rakyat Malaysia di sebuah hotel, Sungai Golok, Thailand baru-baru ini.
Berita

Ibu Hantar Anak Degil, Suka Melawan Ke Balai Polis

gempak
08/11/2024
18:55 MYT
Media tempatan melaporkan, Satrio Tomayahu,19, dihantar oleh ibunya Nunlawati Beu,42, ke balai polis Dungingi, Kabubaten Gorontola bagi memberi pengajaran kepada anaknya itu baru-baru ini.
Unitar