,
Laman Utama

Isu Pembayaran Nafkah Teman Wanita, Ronaldinho Bakal Dipenjara Lagi

Mya Amri
26/11/2021
10:51 MYT
Bekas bintang Barcelona dan AC Milan, Ronaldinho diberi amaran bahawa dia boleh meringkuk di penjara sekali lagi selepas berdepan pertikaian pembayaran nafkah dengan bekas teman wanitanya.
Laporan di Brazil menyatakan bekas bintang berusia 41 tahun itu diarah menyelesaikan hutangnya dengan Priscilla Coelho sehingga 1 Disember ini untuk mengelak asetnya dirampas dan kemungkinan dipenjarakan.
Peguam Priscilla, Bruno Medrado memberitahu akhbar Brazil, Extra: "Sekarang ini dia perlu membayarnya."
Difahamkan Ronaldinho sudah menerima tuntutan saman daripada mahkamah bagi mengingatkannya mengenai tarikh akhir pembayaran nafkah pada 11 November lalu selepas beberapa percubaan menjejakinya gagal.
Bekas legenda bola sepak itu ditangkap dan dipenjarakan di Paraguay tahun lalu selepas terbang ke negara itu dengan menggunakan pasport palsu.
Pada Mei 2018, Ronaldinho terpaksa menafikan dakwaan dia berkahwin dengan Priscilla dan seorang lagi wanita, bernama Beatriz Sousa, pada masa yang sama.
Setahun kemudian, Priscilla terus menjalinkan hubungan dengan Ronaldinho dan menuntut wang daripadanya.
Difahamkan dia menerima nafkah sekitar £13,500 (RM75,800) sebulan.
Sumber: Harian Metro
Kredit foto: Google / The Guardian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bintang Bola Sepak Terkenal Kantoi Bawa Pulang Perempuan Lain, Isteri Terdetik Nak Periksa Kamera Pada Loceng Pintu

gempak
26/08/2024
04:25 MYT
Bintang bola sepak terkenal Liga Perdana Enggeris dilaporkan telah diusir keluar oleh isterinya selepas kantoi mempunyai hubungan sulit melalui loceng pintu mereka.
Sukan

Faisal Halim Lebih Ceria, Dah Mula Berjalan

gempak
10/05/2024
05:40 MYT
Rakyat Malaysia menarik nafas lega selepas mendapat perkhabaran positif mengenai penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim.
Sukan

Bapa Faisal Halim Mohon Doakan Anak -“Saya Harap Orang Yang Niat Buat Dekat Dia Dapat Hidayah”

gempak
09/05/2024
07:55 MYT
Bapa kepada bintang bola sepak negara, Faisal Halim iaitu Halim Saad reda dengan insiden yang menimpa anaknya pada Ahad lalu.
Hiburan

Adik Jadi ‘Penyebab’ Eyka Farhana Berkenalan Dengan Akhyar Rashid - “Alhamdulillah Dah Hampir 5 Tahun…”

gempak
09/05/2024
06:55 MYT
Eyka kongsi momen berkenalan dengan Akhyar.
Sukan

“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid

gempak
08/05/2024
08:55 MYT
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.