,
Viral

Isu Pasangan Suami Isteri Mahu ‘Childfree’ & Anggap Anak Beban, Ini Komen Ustaz Tajdid Hadhari - “Hukumnya Adalah Haram Apabila…”

Asyikin Mayudin
05/07/2024
13:55 MYT
Baru-baru ini kecoh dengan video pasangan suami isteri tidak mahu zuriat atau ‘childfree’ malah menganggap anak itu satu bebanan dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Anak Pembawa Rezeki

Berkongsi pendapat tentang isu itu, personaliti radio Zayan iaitu Ustaz Tajdid Hadhari atau mesra dikenali sebagai Ustaz Bola berkata dalam Al-Quran sudah tertulis mengenai anak.

“Allah ada pesan pada kita menerusi surah Al-Isra dalam ayat 31 yang membawa maksud ‘Jangan kamu risau, kamu membunuh anak-anak kamu, kerana risau, takut akan kemiskinan’

“Sebab Allah kata ‘Kami akan merezekikan mereka dan daripada rezeki itu kepada kamu’. Allah dah beritahu siap-siap anak itu sebenarnya membawa rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”

“Yang mana kita setiap kali kita suap makanan kepada anak dan kita, apa kita suap itu adalah daripada Allah berikan rezeki kepada anak kepada kita,” katanya kepada Gempak.

Anak Jadi Ubat Penenang

Menurut Ustaz Tajdid, selain membawa rezeki, anak juga adalah ubat penenang untuk ibu bapa yang berdepan dengan tekanan di waktu bekerja.

“Jangan sesekali kita berpegang bahawasanya anak itu membebankan… tidak. Kerana rezeki anak itu juga akan datang kepada kita. Sebab itu orang cakap ‘rezeki anak’. Bukan kerana kehadiran anak itu saja, tapi rezeki yang turun.

“Kedua, anak itu tiba dan muncul, akan membuatkan diri kita automatik menjadi seorang yang tanggungjawab kerana kasih sayang, kita sayang anak kita. Ketiga, anak itu sakinah, pemenang.
“Cuba tanya kepada mereka yang ada anak, apa perasaan mereka bila dimarah oleh bos, dibuat sesuatu yang tak elok oleh rakan sekerja, tapi balik rumah tengok anak, tenang.
“Kerana itu anak bukan beban, tapi anak itu menjadi satu perkara istimewa untuk kita. Jadi hukumnya adalah haram apabila kita merancang kerana anak itu bebankan,” ujarnya lagi.

Merancang Atas Faktor Kesihatan

Dalam pada itu, Ustaz Tajdid memberitahu pasangan suami isteri boleh merancang dalam soal zuriat dengan syarat yang melibatkan masalah kesihatan.

“Dalam majlis faktwa, telah dipersidangkan pada 1988 OIC di Kuwait, boleh merancang tapi dengan syarat atas desakan ataupun sesuatu yang mungkin melibatkan kesihatan, isteri tak boleh lahirkan anak sebab boleh koma, boleh mati.

“Jadi, dibolehkan merancang kalau ada benda macam itu. Kalau tak ada, haram kalau merancang,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Tajdid turut berkongsi pendapat mengenai kestabilan ekonomi dalam rumah tangga menjadi faktor perancangan anak.
“Kalau ikut logik akal, kita akan rasa memang tak cukup apa yang kita ada. Adakah ketika kita keluar daripada belajar dulu, kita dah yakin kita akan bekerja dengan apa yang kita dapat sekarang? Tak kan…
“Tapi mana datang ya tu, rezeki… sama juga apabila tak ada anak ‘kalau ada anak nanti akan menyusahkan aku nanti, aku sendiri tak lepas’… nikah dulu, jangan terkejut rezeki datang kerana Allah itu Maha Kuasa,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar