,
Laman Utama

Isu Pandora Papers, Tengku Zafrul Sudah Lepas Semua Jawatan Dalam Kumpulan Kenanga Pada Jun 2010

Awani
05/10/2021
09:25 MYT
Setelah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Maybank Investment Bank Bhd, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah melepaskan kesemua pelantikan sebagai eksekutif dan pengarah dalam Kumpulan Kenanga Holdings Bhd pada Jun 2010.
Menerusi Astro Awani, merujuk kepada artikel yang diterbitkan di Malaysiakini bertarikh 4 Oktober 2021 bertajuk "Politicians, Ministers and M'sian Uber Rich Revealed in Latest Offshore Leak", Tengku Zafrul menjelaskan, beliau telah memegang jawatan Pengarah Kumpulan dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kenanga Holdings Bhd dari Januari 2009 hingga Jun 2010.
"Melalui jawatan ini, saya juga telah dilantik sebagai pengarah di beberapa anak syarikat atau syarikat bersekutu Kumpulan Kenanga termasuk di Capital Investment Bank (Labuan) Ltd," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, pada Jun 2010, kesemua pelantikan itu telah dilepaskan.
"Walaupun pejabat saya ketika dihubungi telah memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa saya telah melepaskan jawatan pengarah ketika saya meninggalkan Kumpulan Kenanga pada Jun 2010, mereka tetap menerbitkan artikel tersebut dan membabitkan nama saya dengan memberi gambaran bahawa saya masih mempunyai kaitan dengan Capital Investment (Labuan) Ltd, walhal ia adalah sebahagian daripada Kumpulan Kenanga," katanya.
Tengku Zafrul berkata, beliau telah merujuk perkara berkenaan kepada peguamnya untuk mendapatkan nasihat lanjut dan tindakan susulan yang sewajarnya.
Sumber: ASTRO AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tengku Zafrul Puji Filem Gemencheh Boys - “Pengajaran Bagi Saya Ialah Jangan Putus Asa”

gempak
04/10/2023
06:50 MYT
Tak sabar nak tengok!
Laman Utama

Inspektor Sheila Cari Yang Cergas & Fit, Nama Tengku Zafrul Terkait – “Maaf Saya Dah Berpunya”

gempak
07/07/2023
12:36 MYT
Amboi petik nama Tengku Zafrul pulak
Laman Utama

Tengku Zafrul Tidak Letak Jawatan

gempak
17/03/2022
08:32 MYT
Jangan sebarkan khabar angin...
Laman Utama

Sweetnya Ucapan Anniversary Perkahwinan Ke-11 Buat Isteri, Tengku Zafrul Janji Bawa Hadiah Ikan Bilis Sabah - “Saya Akan Cari..”

gempak
14/02/2022
11:12 MYT
Semoga kekal bahagia ke akhir hayat.
Laman Utama

KWSP Bukan Penyelesaian Cabaran, Simpanan Waktu Tua Juga Penting, Ini Nasihat Menteri Kewangan...

gempak
03/01/2022
01:24 MYT
Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) tidak patut dilihat sebagai penyelesaian sesuatu cabaran