,
Hiburan

Isu Lagu Raya Aliff Syukri, PU Syed Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Umirah Halim
02/04/2024
08:00 MYT
Pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Syed beri teguran kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Alif Syukri susulan perkongsian di sebalik tabir muzik video klip raya nya yang masih mengenakan pakaian baju melayu ketat.

PU Syed tegur

Menurut Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, menasihatkan agar kita menggunakan nikmat yang diberikan sebaik-baiknya tanpa perlu melakukan perkara yang tidak mendapat keredaan Allah SWT.
"Saya nak bagi teguran sikit kepada Datuk Seri Aliff Syukri mengenai video klip lagu raya yang dikeluarkan untuk bulan Syawal atau Ramadan ini.
"Jadi ingatan bagi sesama saudara Allah SWT memberi kita nikmat yang cukup banyak, namun kenapa kita gunakan nikmat yang kita ada itu untuk sesuatu yang pelik-pelik.
"Adakah kita ingin mencari populariti dengan perkara sepelik itu, saya nak bagi ingatan seperti mana hadis nabi SAW kepada Aliff Syukri kepada seluruh muslimin dan termasuk diri saya sendiri.
"Nabi kata, barang siapa yang mengenakan pakaian syuhrah (tampil berbeza) di dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan baginya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.
"Jadi perkara ini saya nak ingatkan Aliff Syukri sebab tahun lepas kita dah tegur dah tahun ini pun dia buat perkara yang sama.
"Aliff Syukri kalian dah buat perkara yang pelik pada bulan Ramadan apa lagi kalau kita nak sambut bulan Syawal ini kita menyambut dengan kemenangan melawan hawa nafsu kita.
"Jadi tolong lah buat perkara yang bermanfaat banyak syarikat-syarikat di luar sana yang buat video klip tentang Ramadan dan Syawal yang buat orang menitiskan airmata, bukannya menyebabkan orang geli hati melihat gaya-gaya kita yang pelik.
"Jadi teguran kepada beliau dan semua muslimin jangan lah buat benda yang pelik-pelik buat lah sesuatu yang mendapat keredaan Allah SWT," katanya menerusi sebuah perkongsian video di Platform TikTok.

Pihak berkuasa ambil tindakan

Dalam pada itu, PU Syed turut berpendapat bahawa pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi membendung perkara ini berterusan kerana apa yang dilakukan sudah berulang setiap tahun.
"Dari sudut hukum, memang betul pihak pemerintah perlu ambil tindakan kepada beliau sebab tindakan yang dilakukan ini setiap tahun perkara yang sama dibuat.
"Apa yang dibuat itu pelik-pelik, walaupun lelaki tapi mengenakan pakaian mencolok mata.
"Hukuman patut dibuat cuma kita boleh beri nasihat dan pihak bertanggungjawab buat garis panduan apa yang boleh dan tidak boleh dipertontonkan.
"Ataupun JAKIM sendiri kena ambil port perkara ini sebab biasanya JAKIM akan ambil port kalau benda itu sudah tular jadi kalau boleh sebelum tular lagi kita kena sekat dari awal lagi sebelum dipertontonkan.
"Bagi pandangan saya, tindakan perlu dibuat ke atas beliau sebagai ta'azir iaitu hukuman di atas pandangan pemerintah yakni undang-undang apa yang sepatutnya dilakukan kepada beliau, wallahualam," tambah nya lagi.

April fools

Terdahulu, Alif Syukri membuat perkongsian video promosi lagu raya nya yang teruk dikecam netizen kerana masih menggayakan baju melayu ketat dan konsep video yang aneh.
Namun, terbaharu, Alif Syukri mengatakan bahawa dia tidak akan mengeluarkan sebarang lagu raya dan video promosi tersebut sekadar hanya ingin menyakat netizen sempena 'April fools'

Berita Trending: Aliff Syukri Hanya ‘Prank’, Tiada Lagu Raya Tahun Ini - “Untuk Korang Semua… April Fool”

Berita Trending: Aliff Syukri Kongsi Sedutan MV Raya, Netizen: “Astaghfirullah Datuk, Ini 10 Terakhir Ramadan!”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

“Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan

gempak
04/09/2024
00:53 MYT
Penceramah bebas, PU Syed tampil bersuara mengenai isu nama Syed dan Sharifah yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Hiburan

Siap Nak Buka Seluar Tunjuk ‘Anu’, Aliff Syukri Ketakutan Diganggu Warga Asing - “Dia Bawa Pisau..”

gempak
21/08/2024
00:55 MYT
Usahawan sensasi, Aliff Syukri berkongsi detik cemas apabila diganggu oleh individu tidak dikenali dipercayai merupakan warga asing.
Berita

Apa Maksud Disebalik 8 Jenis Warna Baju Banduan Di Penjara Malaysia

gempak
05/08/2024
11:27 MYT
Sering kali kita melihat baju dipakai banduan yang dikenakan hukuman penjara kan. Sebenarnya, setiap warna baju itu tersimpan maksud yang melambangkan peringkat kesalahan mereka. Jom kita kenali maksud disebalik warna-warna ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Baju Dikatakan Tiru Penyanyi Wanita Lain, Shazreen Shaharum Respons – “Kita Dalam Dunia Fesyen, Pusing-Pusing Akan Tersama”

gempak
29/07/2024
09:25 MYT
Penyanyi yang juga peserta Gimme The Mic Malaysia, Shazreen Shaharum menyifatkan lagu Cinta yang dipersembahkannya pada minggu kedua Gimme The Mic sangat sukar biarpun pernah mendendangkan lagu tersebut di sebuah majlis konvokesyen sebelum ini.