,
Viral

Isu Kereta Rosak Selepas 8 Jam, Pengguna Dakwa Kenyataan Media Perodua Tak Selesaikan Masalah

Gempak
05/01/2024
01:55 MYT
Pengguna kereta Perodua Bezza yang rosak hanya selepas lapan jam dipakai mendedahkan beberapa isu yang bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu baru-baru ini.
Menurut wanita itu, tiada hitam putih ataupun maklumat rasmi berkaitan tindakan Perodua menawarkan kereta sementara dan membeli semula kenderaannya.

BERITA TRENDING: Perodua Beri Kenyataan Isu Pengguna Sempat Pakai Bezza 8 Jam Sebelum Kereta Rosak, Tak Siap Dibaiki…

“Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara submit loan kereta kedua.
“Ada jaminan secara hitam putih tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu pinjaman pertama? Tiada.
“Dah lebih dua bulan masih belum ada apa-apa maklumat atau secara terperinci mengenai pembelian balik, tempoh pembelian balik, pembayaran pinjaman dan semua tu,” tulisnya. Dalam pada itu, wanita tersebut beranggapan supaya syarikat berkenaan tidak membuat kenyataan media hanya untuk meredakan keadaan sebaliknya memfokuskan untuk menyelesaikan masalah pelanggan.
“Jangan buat kenyataan media hanya untuk redakan suasana tapi sebenarnya tak selesaikan pun masalah saya.
“Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau viral,” jelasnya.
Sekadar info, wanita itu sebelum ini berkongsi tentang kereta jenis Perodua Bezza yang baharu sahaja dibeli mengalami kerosakan engin hanya selepas lapan jam digunakan.
Difahamkan, pihak Perodua memaklumkan kerosakan itu berlaku berpunca daripada kemasukan bendasing seperti gula pada bahagian enjin.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.