,
Laman Utama

Isu Kena Scam Dengan Katering, Abang Sebak Tengok Ahli Keluarga ‘Uruskan’ Dewan Menjelang Resepsi Adik

Izwan Isa
26/12/2023
02:55 MYT
Isu syarikat katering yang tidak munculkan diri sehingga sebuah majlis resepsi perkahwinan diadakan ala kadar atas bantuan ahli keluarga menjadi bualan netizen sepanjang hujung minggu lalu.
Selain kasihan melihat pengantin yang kerugian RM13,000, netizen juga berasa sebak apabila menyaksikan kaum keluarga membanting tulang menguruskan dewan demi menyempurnakan majlis buat si raja sehari.
Menerusi beberapa perkongsian video oleh abang pengantin, dilihat suasana dewan yang kosong diserikan dengan ahli keluarga yang masing-masing melakukan tugas masing-masing.
Tuhan permudahkan urusan mereka sekeluarga selepas kena scam tersebut
power of "doa orang teraniaya" ? pic.twitter.com/H6j30d7HNQ— ًِ (@bckupacc99) December 25, 2023 Ternyata, juadah yang disediakan juga kelihatan menarik khusus untuk jemputan yang hadir ke majlis berkenaan.
Sementara itu, satu perkongsian oleh seorang lagi abang pengantin memperlihatkan lelaki itu menahan sebak selepas pengusaha ais meninggalkan bekalan ais ekstra selepas mendapat tahu mereka ditipu oleh syarikat katering. “Ini memang sebak gila. Tadi masa ais sampai, kita cakap yang kita kena tipu. Orang ais tu terkejut gila. Kemudian, dia beri ais lebih.
“Bayangkan semalam kosong. Ini kita masak sendiri. Itu abang saya, dia handle PA system… dia pinjam. Allahuakhbar.
“Tiada siapa, semua family sendiri. Korang doakan adik aku dimudahkan urusan dia,” katanya lagi.
Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.