Viral
Isu Individu Terpijak Paku Ketika Jogging, Netizen Syak Si Pelaku Pekerja Bengkel
Seorang individu mengalami kecederaan ketika berlari apabila ada individu lain yang tidak bertanggungjawab bertindak menanam paku di sepanjang jalan Rawang, Selangor pada Sabtu.
Pijak paku
Menerusi satu hantaran di platfrom Facebook @Malaysia Runners, mangsa yang tidak mendedahkan identitinya berkongsi pengalaman pahit ketika menjalani aktiviti larian sejauh 10 kilometer (km).
“Saya terpijak paku dan terjatuh kerana perbuatan jahat orang.
“Saya sedih bukan kerana saya cedera tetapi kerana tidak dapat menamatkan larian.
"Ada orang yang menyusun paku di tepi jalan. Saya tertanya-tanya apa yang ada dalam fikiran dan hatinya apabila mereka meletakkan paku ini di atas jalan," katanya.
Luka terpijak paku
Lelaki tersebut turut berkongsi gambar tumit dan tapak tangannya yang berlumuran darah sambil menunjukkan gambar paku yang ditanam di bahu jalan tersebut.
Malah, lelaki itu turut memuat naik satu salinan laporan polis yang dibuat di balai polis Rawang.
Laporan polis menyatakan bahawa kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi Sabtu ketika lelaki itu yang juga seorang kontraktor, sedang berjoging di Persiaran Anggun di Rawang.
Dalam laporan itu, dia mendakwa terpijak paku yang mengakibatkan dirinya terjatuh dan mengalami kecederaan pada tumit selain tapak tangan.
“Saya mengesyaki orang yang menanam paku itu berniat jahat.
“Paku itu ditanam di kedua-dua belah jalan.
“Saya membuat laporan ini untuk tindakan dan tujuan rujukan,” tulisnya dalam laporan berkenaan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang berang dengan tindakan si pelaku dan ada juga yang mengesyaki si pelaku adalah pekerja bengkel.
“Semoga yang buat ni kena pijak paku karat. Kena kancing gigi. Lepastu mati.
“Kalau budak-budak yamg ikut jogging terpijak macam mana? anjing/kucing? jahat + hati busuk.
“Senang je nk tau siapa, kalau tayar pancit area-area situ park tepi jalan,tengok siapa yanh datang dulu. Besar kemungkinan dia la orang situ gak je.
“Ini semua salah longkai. Cara cepat mereka nak buat duit.
“Cari je suspek dekat semua area bengkel berdekatan.
“Selalu perangai kedai-kedai bengkel / towing ni. Bila kena tersadai laju je dorang mai. Perangai haram jadah,” komen beberapa netizen.
Berita Trending: Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13…
Must-Watch Video