Viral

Isu Doktor Hamun Pesakit; Hospital Mohon Maaf, Tubuh Jawatankuasa Penyiasat

gempak
Amri Hassan
20/11/2020
08:16 MYT
Sponsor Banner
Isu Doktor Hamun Pesakit; Hospital Mohon Maaf, Tubuh Jawatankuasa Penyiasat
Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB), Dr. Mohtar Pungut@Hj Ahmad tampil memohon maaf berhubung tindakan salah seorang pegawai perubatan yang menghambur kata-kata makian terhadap pesakit yang datang ke hospital pada waktu malam.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis, pihak hospital memandang serius isu berkenaan dan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara terbabit.
"Merujuk kepada isu yang sedang tular di media sosial, pihak pengurusan HSAJB memandang serius perlakuan pegawai perubatan yang terlibat.
"Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di peringkat hospital bagi menyiasat dengan lebih terperinci isu tersebut. Sekiranya didapati benar, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap pegawai perubatan yang terlibat.
"Bagi pihak HSAJB memohon maaf di atas pernyataan yang telah dikeluarkan oleh pegawai perubatan berkenaan sehingga menyinggung perasaan masyarakat," maklum kenyataan terbabit.
Sebelum ini tular kenyataan seorang pegawai perubatan yang memaki pesakit kanser yang datang ke hospital pada waktu malam dengan menyamakan pesakit itu dengan haiwan.
BACA: Doktor Mencarut Dapat Pesakit Kanser Jam 3 Pagi, Netizen Mohon KKM Ambil Tindakan
BACA: "Fikir Dulu Sebelum Tulis!” - Dr. Say Ulas Isu Doktor Mencarut
Tindakan itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan menganggap ia tidak wajar untuk melepaskan geram di media sosial.
Selepas tular, akaun Twitter milik pegawai perubatan itu telah dinyahaktifkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024