,
Laman Utama

Isu Ditampar Will Smith: “Chris Rock Enggan Fail Report ” - Polis

Mya Amri
28/03/2022
15:04 MYT
Pihak polis Los Angeles memaklumkan pelawak Chris Rock enggan memfailkan laporan terhadap Will Smith selepas insiden ditampar pelakon itu semasa siaran langsung Oscars 2022 hari ini.
Ini bermakna Jabatan Polis Los Angeles tidak akan menyiasat atau meneruskan kemungkinan pertuduhan terhadap Smith.
“Penyiasat LAPD menyedari insiden antara dua individu semasa program Oscars 2022 bersiaran.
“Insiden itu melibatkan seorang individu menampar seorang lagi. Individu terbabit enggan membuat laporan polis.
“Sekiranya pihak terbabit mahukan laporan polis di kemudian hari, LAPD akan bersedia untuk melengkapkan laporan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Bagaimanapun, wakil bagi pihak Rock masih tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden tersebut.
BACA: [Video] Melawak Fasal Isteri, Will Smith Tampar Muka Chris Rock Ketika Live Oscars
Terdahulu, Will Smith bertindak agresif dengan menampar muka Chris Rock selepas pelawak itu tiba-tibe berseloroh tentang isteri Smith, Jada Pinkett yang tiada rambut.
Sumber: nbcnews.com / theguardian.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Will Smith Baca Al Quran Sepanjang Ramadan, Sifatkan Kitab Yang Sangat Jelas

gempak
21/03/2024
20:20 MYT
Pesohor Hollywood, Will Smith mengakui membaca dan menyukai Al Quran selepas membacanya pada Ramadan tahun lalu.
Laman Utama

Chris Rock Penat Cakap Tentang Insiden Ditampar Will Smith, Mengaku Ia Menyakitkan

gempak
06/03/2023
13:40 MYT
Setahun berlalu dan masih viral.
Laman Utama

[VIDEO] Will Smith Minta Maaf Lepas Lima Bulan Insiden Tampar, Chris Rock Tak Mahu Jawab Panggilan

gempak
31/07/2022
07:25 MYT
Video aktor Will Smith membuat pengakuan dan menyesal kerana telah menampar Chris Rock di Academy Awards pada Mac lalu sedang menjadi perhatian masyarakat media sosial.
Laman Utama

Chris Rock Mengaku Tamparan Will Smith Sangat Menyakitkan

gempak
29/07/2022
05:53 MYT
Walaupun sudah berbulan insiden Chris Rock menerima tamparan tak terduga dari aktor Will Smith di panggung Oscar 2022, namun insiden tersebut masih menjadi buah mulut.
Laman Utama

Will Smith Buat Yoga & Meditasi Di India

gempak
27/04/2022
14:25 MYT
Kedatangan Will Smith ke India hujung minggu lalu disifatkan sebagai sebuah perjalanan ‘kerohanian’ selepas insiden tampar yang berlaku dalam anugerah Oscar baru baru ini.